Fakta Menarik Tentang Eropah Yang Mungkin Anda Belum Pernah Dengar

TERKINI
March 04, 2020 - 11:41 AM


Eropah merupakan benua ke-6 terbesar di dunia dan melitupi 2% daripada permukaan bumi. Mempunyai populasi hampir 750 juta orang, ini boleh dikira bersamaan dengan 9.78% daripada jumlah populasi dunia.

Mempunyai jumlah 50 negara dan 6 buah negara dengan pengiktirafan terhad, ada beberapa fakta menarik tentang benua ini yang mungkin anda tidak pernah dengar.

#1. Asal Usul Nama Benua Yang Tidak Dapat Dipastikan

Walaupun benua Eropah ini merupakan benua yang sentiasa menjadi sebutan dengan adanya negara – negara kuasa besar, asal usul nama benua ini masih tidak dapat dipastikan.

Apa yang ada hanyalah beberapa teori seperti yang tertulis di Britannica iaitu ia mungkin datang dari perkataan Greek kuno ‘eurys’ yang membawa maksud luas dan ‘ops’ yang bererti mata atau muka. Jika diterjemahkan ia membawa erti muka yang luas dan ini dikatakan merujuk kepada persisiran pantai di Eropah yang sepanjang 68,000 kilometer.

 

#2. Negara Paling ‘Muda’ Ialah Kosovo

Kosovo merupakan ahli paling baru menyertai Eropah setelah mendapat kemerdekaan dari Serbia.

Kosovo mempunyai populasi hampir 2 juta orang dan hanya mendapat kemerdekaan pada 17 Februari 2008.

 

#3. Negara Terkecil Dunia – Vatican City

Walaupun dikelilingi oleh bandar Roma, Itali, Vatican City diiktiraf sebagai sebuah negara dan mempunyai pemerintahannya tersendiri.

Vatican City hanya mempunyai keluasan 44 hektar (0.44 kilometer persegi), lebih kecil dari Pulau Langkawi. Walaupun begitu, mereka mempunyai wang euro sendiri, mereka mengeluarkan passport dan plat kenderaan sendiri.

Vatican City juga mempunyai bendera dan lagu kebangsaan sendiri.

 

#4. Kilang Peluru Berpandu Pertama Di Dunia Ada Di Croatia

Peluru berpandu merupakan sejenis roket yang dilancarkan oleh kapal atau kapal terbang dan ia boleh bergerak di dalam air untuk ke sasaran.

Peluru berpandu yang pertama di dunia telah dihasilkan dan diuji di Rijeka, Croatia.

 

#5. Switzeland Pernah Menyerang Liechtenstein Secara Tidak Sengaja Pada 2007

Pada 2007, tentera Switzerland secara tidak sengaja telah menceroboh ke negara jiran mereka dengan memasuki sebuah sempadan yang tidak bertanda di Liechtenstein. Seramai 170 anggota tentera telah berkawad masuk ke negara berkenaan lebih daripada 1 kilometer sebelum tersedar yang mereka berada di luar dari sempadan negara mereka.

Jika diikutkan, perkara ini mampu menjadi buruk dan mencetuskan perbalahan dan mungkin perperangan. Namun, pihak Switzerland akui kesalahan mereka dan memohon maaf atas kejadian tersebut.

 

#6. Istana Predjama, Slovenia merupakan istana terbesar dibina di pintu masuk sebuah gua

Istana Predjama yang terletak di Postojna, Slovenia merupakan sebuah istana yang mempunyai ketinggian 115 kaki.

Istana Predjama ini telah berada di pintu gua berkenaan sejak abad ke-13 dan ia tercatat di dalam Guinness World Records sebagai istana paling besar dibina di pintu masuk sebuah gua.

 

#7. Scotland Ada Lebih 400 Perkataan Untuk Salji

Melitupi sepertiga dari kawasan utara United Kingdom, Scotland menggunakan Bahasa Inggeris Scotland, Scots dan Gaelic. Scots dan Gaelic merupakan bahasa serantau yang diakui sebagai bahasa rasmi.

Disebabkan oleh wujudnya pengunaan bahasa yang berlainan ini, Scotland mempunyai lebih dari 400 perkataan untuk merujuk kepada salji. Sebagai contoh, flinkdrinkin untuk merujuk salji renyai dan unbrak untuk merujuk kepada salji yang mula mencair.

 

#8. Penerbangan Komersil Terpendek, Juga Di  Scoland

Syarikat penerbangan domestic Scotland, Loganair menawarkan penerbangan yang hanya sejauh 1.7 batu atau 2.7 kilometer di utara Scotland. Walaupun pendek, ia merupakan penerbangan yang sangat penting terhadap komuniti setempat.

Penerbangan ini hanya mengambil masa 60 saat secara purata dan penerbangan paling singkat hanya 47 saat.

 

#9. Estonia Mempunyai 2000 Buah Pulau

Jika anda sukakan pulau, pastinya Estonia salah satu negara yang ideal untuk anda. Estonia mempunyai lebih dari 2,000 buah pulau tetapi kebanyakkannya tidak berpenghuni dan agak jauh dari ‘tanah besar’.

Selain itu, Estonia juga mempunyai sebuah farmasi paling awal beroperasi di Eropah sehingga hari ini. Dikenali sebagai The Raeapteek, ia telah beroperasi sejak tahun 1422!

 

#10. Tiada Perkataan ‘Tolong’ Dalam Bahasa Denmark

Menurut statistik, Denmark merupakan negara dengan penduduk paling gembira di dunia dan menurut VisitDenmark, tiada perkataan Denmark yagn wujud untuk menterjemahkan perkataan ‘tolong’.

Walaupun begitu, ia bukanlah ‘lesen’ untuk anda bersikap kurang sopan atau biadap disana ya!