Benar-benar Hidup Bersama Covid, UK Tamatkan Kuarantin Kendiri Bagi Individu Positif Covid-19
TERKINIBermula Khamis ini, semua sekatan Covid-19 di England akan dimansuhkan, termasuk keperluan kuarantin kendiri bagi pesakit Covid-19.
Menerusi temu bual bersama BBC, Perdana Menteri Britain, Boris Johnson memaklumkan, penarikan semua sekatan Covid-19 ini bakal menjadi kayu pengukur untuk melihat sama ada rakyat England boleh hidup dengan virus maut itu atau sebaliknya.
“Covid-19 tetap ada dan menjadi satu daripada jangkitan paling berbahaya di dunia, namun kita juga sudah sampai ke satu tahap yang menyaksikan kita boleh menyeimbangkan jangkitan dengan kehidupan harian.
“Selepas ini, bergantung kepada anda semua bagaimana untuk menjalani kehidupan dengan Covid-19 dan anda juga menentukan bagaimana untuk mengelak atau menghindari jangkitan,” katanya.
Selain itu, pihak berkuasa juga perlu memantau penularan berdasarkan data dan capaian sebelum ini, sama seperti menguruskan penyakit kritikal yang lain.
Ujian calitan Covid-19 dan kit air liur juga tidak lagi diberikan secara percuma, termasuk bayaran 500 pound (RM2,850) kepada kumpulan pekerja berpendapatan rendah yang perlu menjalani kuarantin.
Antara sekatan dan bantuan yang dimansuhkan:
- Individu positif Covid tak tertakluk dalam undang-undang untuk mengasingkan diri atau kuarantin.
- Tapi mereka tetap dinasihatkan untuk duduk di rumah dan asingkan diri dari orang sekurang-kurangnya lima hari.
- Rutin pengesanan kontak rapat akan ditamatkan, jadi bagi individu kontak rapat yang lengkap vaksinasi dan individu bawah 18 tahun tak diperlukan untuk membuat ujian saringan setiap hari selama tujuh hari
- Bantuan £500 untuk individu berpendapatan rendah ketika tempoh kuarantin kerana positif tidak akan diberikan lagi.
- Peruntukan cuti sakit untuk Covid akan diteruskan untuk sebulan lagi