Finland Sekali Lagi Tersenarai Sebagai Negara Paling Bahagia Dunia

TERKINI
March 21, 2022 - 05:31 PM


Buat lima tahun berturut-turut, Finland menduduki tempat pertama dalam senarai negara paling bahagia di dunia.

Penarafan itu dibuat oleh Laporan Kebahagiaan Dunia berdasarkan data penilaian kehidupan daripada tinjauan pendapat Gallup World.

Lapor CNN, Denmark berada di tangga kedua diikuti dengan Iceland pada tempat ketiga dan Switzerland di keempat dalam senarai negara paling bahagia pada tahun ini.

Belanda, Luxembourg, Sweden dan Norway masing-masing berada pada tempat kelima, keenam, ketujuh dan kelapan dalam senarai tersebut.

“Israel dan New Zealand pula menduduki tangga kesembilan dan ke-10 dalam senarai itu pada tahun ini,” jelas laporan tersebut.

Jelas laporan itu, Finland dan negara jirannya iaitu Denmark, Norway, Sweden dan Iceland memperoleh markah yang baik dalam penilaian tersebut.

Laporan itu antara lain dinilai berdasarkan tahap Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) per kapita, jangkaan hidup, kemurahan hati, sokongan sosial, kebebasan serta kes rasuah.

Sementara itu, laporan itu menyatakan Amerika Syarikat (AS) jatuh ke tangga 16 daripada 14 sebelum ini.

“Kanada pula berada di tangga ke-15 dan United Kingdom (UK) berada pada kedudukan ke-17,” jelas laporan itu.

Destination: