Bidasan EU Mengenai Dakwaan AstraZeneca Tidak Boleh Masuk Ke Eropah
TERKINIBeberapa minggu lalu berlaku kekecohan apabila AstraZeneca yang ditawarkan di Malaysia tidak diiktiraf oleh EU Digital COVID Certificate berdasarkan laopran dari Code Blue. Berita palsu telah membuat rakyat Malaysia tidak senang duduk dan risau kerana hajat untuk ke Eropah luluh.
Berikutan itu, Duta EU ke Malaysia, Michalis Rokas, menyifatkan beberapa laporan mengenai penerima vaksin AstraZeneca yang dikilangkan di fasiliti di Korea Selatan, Thailand dan Jepun, mungkin tidak boleh memasuki negara anggota EU sebagai kurang tepat.
Rokas berkata, kebenaran memasuki negara anggota itu turut merangkumi mana-mana individu menerima vaksin yang sudah disenaraikan dalam Penyenaraian Penggunaan Kecemasan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
Rokas mengatakan bahawa sijil digital EU COVID-19 yang diperkenalkan bukan satu-satunya alat yang dapat digunakan untuk memasuki negara-negara anggota, tetapi diciptakan untuk memudahkan aliran dalam EU sebagai sijil digital yang telah diterima oleh warga EU atau penduduk mana-mana yang sudah menerima vaksin COVID-19 atau keputusan ujian saringan negatif atau telah pulih dari jangkitan.
Dengan itu, sesiapa sahaja dari rakyat Malaysia yang ingin mengunjungi ke negara EU, pastikan semak dahulu SOP dan dokumentasi sebelum ke sesebuah negara berikutan syaratnya akan berubah mengikut situasi isu semasa sekarang. Tiada istilah kita guna kuasa kayangan atau cable, semua orang melalui proses yang sama sahaja.
P/S Selepas ini kalau dengar berita yang pasti, jangan gelabah. Kita tunggu keputusan dan berita yang sahih dari pihak atasan.
Sumber: The Vocket, Berita Harian