Em Sedap! 12 Kuih Raya Yang Wajib Ada Di Rumah

TERKINI
May 11, 2021 - 01:32 PM


Sekian sebulan umat Islam berpuasa, korang akan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Masa ni lah semua berlumba-lumba nak flex baju raya, kasut raya, kalau mak mak nak show off langsir baru atau perabot dekat sedara mara.

Kebiasaan persiapan untuk meraikan Syawal, selain dari baju raya, mestilah kuih raya. Bertahun korang hidup, pelbagai kuih di saji dan di rasai. Sebut apa sahaja kuih yang tidak rasa lagi.

Dengan bentuk kuih, cara buatnya kadang susah ada. Ada cerita menarik di sebalik kuih yang ada. Jadi mari kita teliti 12 jenis kuih yang korang wajib ada di rumah ketika Aidilfitri.

1. Tart Nanas

Tart Nanas adalah antara kuih raya yang paling terkenal dan tidak lapuk dek zaman. Tekstur kuih tart lembut dan rapuh serta cair jemnya di dalam mulut. Pada asal kuih ini di katakan dari England dan ditulis dalam buku berjudul The Country Housewife and Lady’s Director yang dikeluarkan pada tahun 1736.

2. Biskut Kacang Mazola

Selain tart nanas, kuih Biskut kacang Mazola juga terkenal antara kuih wajib ada. Nama kuih ini di ambil daripada minyak jagung Mazola di mana salah satu bahan utama dalam resepi kuih ini. Gabungan tepung gandum, kacang tanah dan gula menjadikan rasanya lemak manis. Atas kuih ini ada salutan telur kuning dan butiran badam.

3. Semperit Susu

Kuih semperit susu atau nama lain ialah biskut dahlia kerana rupanya mirip bunga dahlia tengah mekar. Resepi kuih ini mudah sahaja, ada mentega, susu pekat manis, tepung jagung dan tepung kastard, rasanya cukup megimbas kenangan. Adunan dia rapuh sama seperti kuih tart nanas, rapuh dan gebu.

4. Almond London

Kuih ini digemari ramai orang, ketika kunjung ke rumah orang ini kuih pertama yang di cari. Almond London, atau nama asal ialah Almond land On, telah dikenali sejak berpuluh tahun lalu. Kuih ini bersalut coklat dan init dalam iaklah biji badam yang dibakar rangup. Atasnya akan ditabur dengan kekacang sebagai hiasan atau coklat putih.

5. Biskut Chocolate Chip

Biskut Chocolate Chip ini diinspirasi dari Famous Amos. Kalau letak biskut atas meja, tak sampai 10 minit dah sampai. Teksturnya rangup, dengan kekacang dan rasanya yang manis, sememangnya digemari di setiap peringkat usia. 

6. Biskut Florentine

Kuih raya seterusnya, Biskut Florentine. Apa yang unik pasal kuih ini ialah resepinya, tidak adak menggunakan sebarang cecair atau air. Bahannya agak mahal sedikit, tepung florentine, badam, kuaci hijau dan putih, biji labu dan bijan hitam. Serupa macam resepi nak buat oat diet.

Ianya rangup dan rasa seperti kuih mewah, buat korang berkali-kali nak makan.

7. Biskut Oat

Kuih yang rangup juga seperti kuih-kuih yang lain, mempunyai tekstur rapuh yang sedap. Penggunaan oat dan badam sebagai bahan asas serta rasanya yang kurang manis. Biskut oat dikatakan berevolusi daripada kuih tradisi barat iaitu Scottish oatcakes.

Kalau korang nak tambah kuih ni dengan raspberi atau kismis pun boleh.

8. Kuih Kapit

Seterusnya, Kuih Kapit. Pada asalnya, kuih ini disaji ketika perayaan tahun Baru Cina. Kini, ianya turut menjadi sajian ketika Hari Raya Aidilfitri. Makan begitu sahaja boleh, atau korang boleh tambah dengan coklat nutella, kaya pandan, dan sebagainya sebelum kuihnya dilipat.

9. Kuih Siput

Kuih Siput tidak asing bagi masyarakat Melayu. Rupanya seperti cangkerang siput, ianya digoreng bersama daun kari berwarna kuning keemasan dan berbau wangi. Selain rangup dimakan, ianya juga mempunyai rasa pedas-pedas bersama rempah. Makan sambil tengok TV memang tak benti!

10. Rempeyek

Makanan ini berasal dari masyarakat Jawa, makanan yang diproses penggorengan dalam minyak sebanyak 2 kali.

Keenakan rempeyek dengan lapisan penuh kacang tanah, tentunya tidak dapat disangkal lagi, di letak atasnya ikan bilis. Rasa kerangupannya, nak makan berkali-kali. 

11. Popia Gulung

Jika korang gemar mengunjungi rumah terbuka, mesti perasan akan ada balang kuih raya yang berisi Popia Gulung. Isi di dalam digulung bersama serunding ayam, daging atau ikan. Selain digulung, boleh juga kulit popia disimpul, dan simpul itu kita panggil sebagai popia simpul kasih.

12. Cornflake Madu

Kuih terakhir ialah kuih yang diminati ramai. Jaranglah rumah dikunjungi yang tiada kuih ini. Siapa yang buat kuih ini, biasa akan olah dengan citarasa masing-masing. kalau korang biasa tabur apa? Ada orang tabur colour rice, ada yang letak buah ceri potong.

Kini anda sudah mengenali 12 jenis kuih muih yang wajib disajikan ketika raya. Tak lama lagi kita akan menyambut Raya Aidilfitri bersama keluarga tercinta.

Sumber: Expedia