Jualan Hebat AirAsia Kembali Lagi Dengan Promosi 6 Juta Tempat Duduk!

September 20, 2019 - 02:43 PM


AirAsia, syarikat penerbangan tambang rendah terbaik dunia selama 11 tahun berturut-turut kini meraikan 600 juta jumlah tetamu yang bakal diterbangkan menerusi "Jualan Hebat" dengan menawarkan 6 juta promosi tempat duduk. 

Tawaran bermula 23 hingga 26 September 2019 untuk perjalanan antara 10 Februari dan 15 Disember 2020.

Namun, untuk semua ahli AirAsia BIG, pengguna BigPay dan pemegang Kad Kredit AirAsia boleh menikmati akses sehari awal iaitu mulai 22 September ini.

Antara promosi yang ditawarkan kali ini melalui "Jualan Hebat" tersebut adalah tambang :-

1) Daripada RM12* untuk penerbangan dari Kuala Kumpur ke Pulau Pinang, Kuantan, Johor Bharu, Kota Kinabalu dan Kuching

2) Daripada RM50* untuk penerbangan ke Surat Thani, Krabi, Visakhapatnam, Maldives (Male), Bangkok, Can Tho dan banyak lagi.

3) Daripada RM196* untuk penerbangan ke Tianjin, Seoul, Taipei, Gold Coast, Osaka dan destinasi jarak jauh lain yang menarik (AirAsia X)

4) Daripada RM796* untuk penerbangan ke Wuhan, Busan, Fukuoka, Melbourne menerusi pemilihan tempat duduk Premium Flatbed.

5) Diskaun 16% apabila anda membuat pilihan tempat duduk menerusi Pick-A-Seat bagi tempahan awal.

6) Diskaun sehingga 40% untuk tempahan hotel terpilih

7) Diskaun sehingga 60% untuk tempahan pakej percutian penerbangan dan hotel.

8) Ahli BIG juga boleh mengumpul 600 mata ganjaran tambahan apabila mereka menempah aktiviti dalam tempoh jualan besar-besaran ini dengan perbelanjaan minimum RM200.

Segala pembelian dan tempahan boleh dilakukan menerusi airasia.com atau aplikasi mudah alih AirAsia.

* Semua tambang yang tertera adalah termasuk cukai dan bayaran. Rujuk Terma dan Syarat di sini.

Sumber: Newsroom AirAsia

 

 

Destination: