Scammer Makin Berleluasa Di SMS! Ikuti 4 Cara Kenal Pasti Penipu Dari MCMC

TERKINI
June 30, 2021 - 10:33 PM


Pasti ramai di luar sana sudah ramai menjadi salah satu mangsa penipuan SMS (Smishing) yang semakin berleluasa di negara ini. Malahan yang menjadi mangsa ini selalunya golongan warga emas.

Mangsa tipu daya ini bukannya sikit nilai ruginya, boleh mencecah hingga beratus ribu ringgit! Ada pula yang kena scam terus di tuduh cubaan scam sebab nombor atau nama disalahguna pakai oleh scammer.

Mereka, scammer ini bijak dalam melakukan sesesuatu kejahatan. Bukan sahaja mahir dalam memperdaya orang malah bijak memanipulasi sesuatu mesej hingga menimbulkan rasa kurang selamat pada diri kita.

Mangsa apabila dalam keadaan sebegitu, akan lagi diguna oleh mereka untuk ditipu. Sangat penting untuk ambil prihatin dengan keadaan sebegini, Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (MCMC) ada berkongsi 4 tips yang korang boleh lakukan dan berwaspada dengan diri sendiri sebelum menjadi mangsa sindiket penipuan ini.

Ini antara perkongsian tips dari Suruhanjaya:

1. SMS dari nombor atau digit yang tidak dikenali

Periksa nombor atau digit SMS yang diterima khususnya no antarabangsa.

Bagi pengurusan perbankan, korang harus memastikan mesej yang diterima bukan sesuatu yang curiga. Jangan cuba untuk memberikan respon pada nombor tersebut sebaliknya hubungi nombor yang tertera di belakang kad bank anda untuk pengesahan.

2. Hati-hati dengan mesej pembayaran atau transaksi bank

Jangan sesekali menekan apa-apa pautan atau link yang disertakan di dalam SMS yang anda terima terutamanya dalam hal perbankan . HANYA hubungi nombor yang tertera di belakang kad bank anda untuk pengesahan. 

3. SMS berbaur ugutan

“Akaun bank anda telah disekat”

'Sila sahkan akaun bank baru anda”

Ini adalah antara contoh kandungan berbaur bahaya dan boleh membuat kita semua menjadi panik. Ingat, HANYA hubungi nombor yang tertera di belakang kad bank anda untuk pengesahan.
 

4. SMS Meminta Maklumat Peribadi

Jangan sesekali berkongsi Maklumat peribadi anda kepada orang luar. Ia merangkumi nama penuh, no. kad pengenalan, no. akaun perbankan, kata laluan perbankan dan nama ibu.

Jangan beri respon dengan mesej sebegini sebaiknya hubungi nombor yang tertera di belakang kad bank anda untuk sebarang pengesahan.

Sumber: Buzzkini