"Terima Kasih Malaysia" Kisah Penerima Pingat Emas Pertama Dalam Sejarah Filipina Menjalani Latihan Di Melaka
TERKINIFilipina mencatat sejarah baru dengan menerima pingat emas pertama buat negara itu dalam sejarah Olimpik dengan pingat emas acara angkat berat yang dimenangi oleh Hidilyn Diaz dalam acara 55kg wanita.
Selepas kemenangan yang melakar sejarah itu, Hidilyn berdiri di atas podium sambil memberi tabik hormat kepada bendara negaranya, dan melaungkan lagu kebangsaan Filipna, Lupang Hinirang.
Hidilyn yang berusia 30 tahun merupakan anak kepada seorang pengayuh beca yang tinggal di perkampungan orang susah berdekatan Zamboanga. Sebelum menjadi atlet, beliau berkhidmat dengan pasukan tentera udara Filipina.
Pada temasya sukan Rio 2016, beliau berjaya mendapatkan pingat perak dalam acara tersebut dan terus menetapkan impiannya untuk mendapatkan pingat emas dalam temasya sukan Tokyo 2020.
Pada bulan Februari 2020, Hidilyn berpindah ke Malaysia bagi memberikan tumpuan kepada latihannya, dan beberapa minggu selepas itu, negara dilanda wabak pandemik yang menyebabkan semua pusat latihan ditutup dan Hidilyn tidak mempunya peralatan yang sesuai untuk latihannya.
Untuk beberapa bulan, Hidilyn terpaksa berlatik dengan apa yang dia ada, secara berhati-hati di dalam kondominiumnya kerana takut berlaku keretakan pada lantai kondominium tersebut.
Pada bulan Oktober 2020, Hidilyn berpindah ke sebuah rumah pegawai angkat berat Malaysia di Jasin, Melaka dan berlatih di sebuah gim yang berdekatan, namun disebabkan SOP yang diperketatkan lagi, Hidilyn terpaksa teruskan latihannya di garaj kereta rumah tersebut.
Namun, penat lelah dan kepayahan yang terpaksa Hidilyn lalui akhirnya membuahkan hasil apabila beliau memenangi pingat emas yang pertama buat Filipina dalam sejarah Olimpik. Berikut adalah salah satu daripada ucapan yang diberikan Hidilyn: