Festival Bunga Sakura Jepun Tahun 2020 Dibatalkan!
TERKINIFestival paling dinantikan di Jepun iaitu Festival Perayaan Bunga Sakura di Jepun telah dibatalkan disebabkan ancaman virus COVID-19 yang boleh dikatakan tersebar ke seluruh dunia.
Perayaan tradisional musim bunga yang biasanya diadakan di Tokyo dan Osaka ini semestinya menarik hampir jutaan orang setiap tahun bagi menyaksikan keindahan bunga sakura yang mekar pada bulan April.
Menurut media tempatan, pembatalan banyak lagi acara melibatkan festival bunga sakura di negara itu akan menyusul berikutan faktor keselamatan para pengunjung dan penduduk setempat. Namun, pihak penganjur Festival Bunga Sakura Nakameguro mengatakan orang ramai masih boleh menyaksikan pokok-pokok bunga yang akan mekar disepanjang jalan – jalan utama.
Mengikut musim, pohon – pohon ini akan mengeluarkan bunga yang banyak dan ini akan disambut meriah oleh masyarakat setempat selain diadakan pesta bagi meraikan bermulanya musim bunga.
Pembatalan acara ini diambil oleh pihak berkuasa Jepun bagi mengawal kes jangkitan dan penyebaran COVID-19 yang setakat ini telah meningkat kepada 230 kes dan meragut 5 nyawa.
Selain itu, antara langkah yang diambil adalah menutup kesemua sekolah dan pihak kerajaan mengesa orang ramai supaya bekerja dari rumah atau keluar semasa bukan waktu puncak.
Sementara itu, dua pengendali resort Disney di Tokyo, Disneyland dan Disneysea telah mengeluarkan notis penutupan selama dua minggu pada Jumaat lalu disebabkan Coronavirus ini dan difahamkan, Universal Studios Japan di Osaka juga turut mengeluarkan notis yang sama.