Tanah Lot, Bali Perkenal Sistem E- Ticketing

TERKINI
October 18, 2019 - 02:03 PM


Salah satu tempat dan destinasi tarikan pelancongan di Bali, Tanah Lot telah memperkenalkan sistem tiket yang telah dinaiktaraf.

Kalau anda ke Tanah Lot sebelum ini, sistem tiket yang digunapakai adalah sistem ‘koyak tiket’ yang mana petugas akan mengoyak tiket anda sebelum dibenarkan masuk ke kompleks berkenaan. Selepas ini, tiada lagi sistem ‘koyak tiket’ apabila mereka akan menggunakan sistem e-tiketing.

Credit : Bali Backpacker

Tiket ini bakal dilengkapi dengan kod bar dan kod ini akan diimbas oleh petugas yang dilengkapi dengan mesin pengimbas mudah alih.

Menurut Pengara Operasi Tanah Lot, ketika tiba di Tanah Lot, pengunjung perlu memberikan sedikit info di pintu masuk. Info yang diperlukan adalah jumlah pengunjung, tiket dan bayaran parking.

Setelah info diberikan, pengunjung perlu membuat bayaran sebelum diberikan tiket dengan kod bar dan seperti biasa selepas itu tiket akan diimbas oleh petugas yang berada disana sebelum pengunjung dibenarkan masuk.

Bahasa mudahnya, Tanah Lot selepas ini akan menaik taraf sistem tiket mereka. Kalau sebelum ini tiket akan dikoyak, kini ia akan discan. Kiranya ‘lebih professional’ lah.

Buat masa ini, sistem ‘e-tiketing’ ini bukan seperti yang kita bayangkan iaitu kita perlu beli secara online, tetapi tidak mustahil sistem penjualan tiket ini akan boleh dilakukan secara online selepas ini kerana kebanyakan destinasi pelancongan ikonik di Bali masih menggunakan sistem penjualan tiket yang lama tetapi banyak tarikan baru telah menggunakan sistem barcode.

Sumber : Website | Coconut | Tribun-Bali

Destination: