[VIDEO] "Tragedi Bercuti Bali" - Bot Laju Langgar Ombak Besar, Pelancong Malaysia Cedera Terkena Serpihan Kaca!
TERKINIPercutian sepasang suami isteri dari Malaysia ke Bali, Indonesia bertukar menjadi mimpi ngeri selepas salah seorang daripada mereka cedera kerana tingkap cermin bot laju yang dinaiki pecah sehingga mengenai muka penumpang.
Kejadian itu dikongsikan seorang pengguna Twitter, ffloweryu yang memaklumkan dia dan suami ketika itu menaiki bot yang dalam perjalanan dari Sanur ke Nusa Penida.
"Ambil bot ke Nusa Penida mereka kata. Lepas itu, yang bawa bot main langgar sahaja ombak besar, kaca (tingkap) depan kami pecah. Air masuk dalam bot sampai penuh.
"Fahmy (suami) punya muka habis kena kaca," katanya sambil turut berkongsikan keadaan suaminya yang sedang mendapatkan rawatan dengan kesan darah turut dilihat pada pakaiannya.
Wanita itu mendakwa, meskipun terdapat lima hingga enam orang lain turut mengalami kecederaan luka akibat kejadian tersebut, pekerja bot berkenaan menurutnya tidak mengambil serius perkara yang berlaku.
Malah ffloweryu berkata, usahanya bagi mendapatkan pampasan terhadap kamera dan telefon pintar miliknya yang mengalami kerosakan akibat insiden itu juga tidak diendahkan.
"Dahlah orang baru lepas luka-luka, baru lepas panik bot penuh air. Mereka masih boleh ketawa? Kamera aku dia periksa gitu je, lap-lap kemudian dia kata, tu masuk bateri baru je dah okay.
"Wow, senangnya kerja? Terang-terang air masuk dalam kamera tu," tulisnya dalam ciapan pada Ahad.
Dalam ciapan sama, ffloweryu turut berkongsikan satu video daripada penumpang lain yang memaparkan air memasuki melalui salah satu tingkap bot di bahagian penumpang.
Klip itu pada awalnya menyaksikan penumpang merakam ombak besar yang boleh dilihat dari bahagian kanan tingkap penumpang.
Take the speed boat to nusa penida they said. Em
— yuyuuuu (@ffloweryu) June 11, 2023
Lepastu, yang bawa bot main langgar je ombak besar, kaca depan kitorang pecah. Air masuk dalam bot sampai penuh. Fahmy punya muka habis kena kaca.
But then...
They dont want to give compensation for our broken camera and phone. pic.twitter.com/lCrgWhBenv
Menurutnya, tingkap yang pecah dalam insiden berkenaan sehingga mengakibatkan kecederaan penumpang adalah terletak di bahagian hadapan bot laju itu.
Dalam pada itu, rata-rata warganet terkejut dengan kejadian yang menimpa pasangan tersebut.
"Teruk sangat ni," ujar AfnanHammad.
"Kepala otak dia langgar ombak tinggi macam tu. Hentam bahagian tepi pulak tu. Tak pasal-pasal kaca pecah," tulis L0Lomu.
Sumber: Majoriti