100 Peniaga Bazar Larut Malam Danau Kota Perlu Pindah Sebelum Akhir Tahun

TERKINI
December 18, 2019 - 03:50 PM


Majlis Perbandaran Kuala Lumpur (DBKL) telah mengarahkan kira – kira 100 lagi peniaga yang ada di Uptown Danau Kota untuk berpindah ke tapak baharu dan mereka perlu berbuat demikian sebelum 31 Disember 2019.

Bazar larut malam yang sebelum ini diadakan berdekatan Pusat Penjaja Danau Kota telah dipindahkan buat sementara baru di Jalan 1/23E, 50 meter dari tapak sekarang dan dikenali sebagai Bazaria Wangsa Maju.

Menurut Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Samad, beberapa peniaga sudah berpindah, tinggal kira – kira 100 orang peniaga sahaja. Lebih buruk, tapak yang dikosongkan kini telah dipenuhi oleh peniaga baru.

Pihak polis dan pihak penguatkuasa bakal diminta turun padang bagi memastikan proses perpindahan ini berjalan lancar.

Khalid turut memberikan respon kepada sebuah video viral baru – baru ini yang menunjukkan ketidakpuasan hati para peniaga supaya tidak terpengaruh dengan dakwaan palsu. Isu perpindahan ini telah disalah ertikan dengan isu perkauman.

Sebelum ini, para peniaga mendakwa mereka telah dikenakan bayaran sewa yang mahal oleh pihak penganjur iaitu antara RM500 hingga RM1,500 untuk sebuah lot, sebulan.

Tapak Baharu

Sementara itu, Datuk Bandar Kuala Lumpur telah mengeluarkan kenyataan yang sewa tiga bulan pertama bagi peniaga yang berpindah akan dikecualikan oleh DBKL. Tapak baru uptown ini boleh memuatkan 500 orang peniaga selain mempunyai kemudahan parkir, tandas dan sebagainya.

Salah satu peniaga yang dah mulakan operasi | sumber : geng peniaga bazaria wangsamaju

Difahamkan, 408 peniaga telah menerima surat tawaran untuk berpindah dan 354 daripada mereka telah membayar sewa dan lesen. Buat masa sekarang, hanya 242 peniaga yang telah mulakan operasi dan peniaga lain dijangka memulakan operasi akhir bulan ini.

Destination: