17 Jalan Utama Di Kuala Lumpur Akan Ditutup Hujung Minggu Ini

TERKINI
November 18, 2019 - 11:09 AM


Hujung minggu ini (24 November), 17 jalan utama sepanjang bangunan ikonik di bandaraya Kuala Lumpur bakal ditutup bagi memberi laluan kepada acara berbasikal ‘Kuala Lumpur OCBC Cycle 2019’.

Edisi 2018

Penutupan jalan berjumlah 21 kilometer tersebut melibatkan beberapa jalan utama iaitu Jalan Raja, Jalan Raja Laut, Jalan Sultan Ismail, Jalan Ampang, Jalan P. Ramlee, Jalan Raja Chulan, Jalan Conlay, Jalan Stonor, Jalan Kia Peng, Jalan Perak, Jalan Putra, Jalan Sultan Salahuddin, Jalan Kuching, Jalan Sultan Hishamuddin, Jalan Dang Wangi, Jalan Tun Ismail dan Jalan Kinabalu.

Menurut pihak berkuasa, penutupan jalan – jalan ini akan dilakukan secara berperingkat bermula di Dataran Merdeka pada 6 pagi dan akan kembali dibuka kepada orang awam pada 9.30 pagi.

Orang ramai dinasihatkan untuk mengelakkan daripada menggunakan jalan – jalan yang dinyatakan dan sekiranya perlu; gunakan pengangkutan awam seperti bas, MRT, LRT atau Grab.

Difahamkan, seramai 161 orang anggota keselamatan akan ditugaskan sepanjang penutupan jalan tersebut dan mereka akan dibantu oleh 30 orang warden DBKL.

Acara OCBC Cycle 2019 dijangkakan mempunyai seramai 2,300 orang peserta daripada 21 buah negara yang telah berdaftar. Untuk tahun ini, acara 21 kilometer merupakan acara yang baharu diperkenalkan selain acara 42 kilometer.

Destination: