28 Jalan Di Kuala Lumpur Bakal Ditutup Hujung Minggu Ini

TERKINI
September 26, 2019 - 11:25 AM


Untuk sesiapa yang akan ke Kuala Lumpur Sabtu dan Ahad ini, terutamanya dari jam 2.45 pagi (Sabtu) sehingga 11.30 pagi (Ahad), korang mungkin perlu ambil perhatian berkenaan penutupan jalan ini.

Bakal berlangsung hujung minggu ini, Standard Chartered Kuala Lumpur Marathon 2019 (SCKLM 2019) akan menggunakan sejumlah 28 jalan di Kuala Lumpur dan secara tidak langsung, jalan – jalan berkenaan akan ditutup untuk memberikan laluan kepada acara tahunan ini.

Sila ambil perhatian bahawa jalan – jalan dibawah bakal ditutup untuk kedua – dua hari daripada waktu yang dinyatakan iaitu 2.30 pagi hingga 11.30 malam. Senarai jalan yang bakal ditutup ialah :

  1. Jalan Raja (Dataran Merdeka)
  2. Jalan Tuanku Abdul Rahman
  3. Jalan Sultan Ismail
  4. Jalan Ampang
  5. Jalan P. Ramlee
  6. Jalan Raja Chulan
  7. Jalan Bukit Bintang
  8. Jalan Tun Abdul Razak
  9. Ampang-Kuala Lumpur Elevated Highway (AKLEH)
  10. Duta-Ulu Klang Expressway (DUKE)
  11. Jalan Kuching (from Selayang)
  12. Jalan Tuanku Abdul Halim (Duta)
  13. Jalan Raja Muda Abdul Aziz (Kuala Lumpur Hospital
  14. Jalan Raja Abdullah (Kampung Baru)
  15. Jalan Langgak Tunku
  16. Jalan Dang Wangi
  17. Jalan Tunku
  18. Jalan Tun Ismail
  19. Jalan Dato Onn
  20. Jalan Sultan Salahuddin
  21. Jalan Parlimen
  22. Jalan Damansara
  23. Lebuhraya Sultan Iskandar
  24. Jalan Kinabalu
  25. Bulatan Sultan Hishamudin
  26. Jalan Cendrawasih
  27. Jalan Kampung Pandan
  28. Jalan Pahang

Kalau nak lebih faham laluan yang bakal dilalui oleh peserta SCKLM 2019 ni, boleh rujuk peta larian ni…

Jadi, kalau korang ada keperluan untuk masuk ke Kuala Lumpur pada hujung minggu ini, rancanglah perjalanan korang ye

-SCKLM2019

Destination: