3 Kumpulan Pengembara Ini Tidak Perlu Lagi Ujian Pengesanan Covid-19

TERKINI
April 28, 2022 - 12:55 PM


Bermula 1 Mei ini, keperluan pengujian pengesanan Covid-19 sebelum berlepas ke Malaysia dan semasa ketibaan digugurkan bagi kumpulan pengembara tertentu.

Ia melibatkan 3 kumpulan pengembara iaitu :-

1) Berusia 13 tahun dan ke atas yang lengkap vaksinasi

2) Pengembara yang mempunyai sejarah jangkitan Covid-19 dalam tempoh enam ke 60 hari dari tarikh sembuh sebelum berlepas ke Malaysia

3) Pengembara berusia 12 tahun dan ke bawah tanpa mengira status vaksinasi. 

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata bagaimanapun pengembara dengan status vaksinasi tidak lengkap atau belum menerima vaksinasi perlu melakukan perkara berikut :-

- Ujian pra-pelepasan dua hari sebelum berlepas ke Malaysia (RT-PCR atau RTK-Ag Professional). 

- Seterusnya, mereka perlu menjalani ujian pengesanan Covid-19 dalam tempoh 24 jam selepas ketibaan menggunakan RTK antigen dengan penyeliaan pengamal perubatan swasta sama ada secara fizikal atau virtual. 

- Mereka perlu menjalani kuarantin wajib selama lima hari di tempat penginapan termasuk rumah dan dikehendaki menjalani RT-PCR pada hari keempat atau RTK-Ag professional pada hari kelima.

Sementara itu, pengembara yang dikesan bergejala semasa berada di Pintu Masuk Antarabangsa (PMA) negara diarahkan menjalani ujian saringan Covid-19-19 menggunakan RTK antigen (Ag) professional.

“Polisi yang sama diguna pakai bagi semua kategori pengembara termasuk umrah, haji dan pekerja asing. Bagi pengembara umrah dan haji, mereka dikehendaki mendapatkan vaksinasi dos penggalak sebelum berlepas ke Tanah Suci.

“Semua pengembara masih perlu mengemukakan Traveller’s Card yang dipaparkan di dalam aplikasi MySejahtera semasa ketibaan di PMA,” katanya. 

Tambah beliau, insurans Covid-19 bagi pengembara bukan warganegara Malaysia tidak lagi menjadi prasyarat kemasukan ke Malaysia.

Sumber: UTUSAN

Destination: