8 Tahun Lagi Umat Islam Akan Berpuasa 2 Kali Setahun Pada 2030!

TERKINI
April 13, 2022 - 12:22 PM


Lapan tahun lagi iaitu pada 2030 -- umat Islam di seluruh dunia akan menjalani ibadah puasa dan sambutan Hari Raya Aidilfitri sebanyak dua kali.

Perkara itu didedahkan oleh seorang ahli astronomi Arab Saudi, Khaled al-Zaqaq berdasarkan kalendar Gregorian.

Bulan Ramadan pada 2030 akan disambut pada :

1) RAMADAN PERTAMA = 5 Januari 2030 iaitu pada 1451 Hijrah 

2) RAMADAN KEDUA = 26 Disember 2030 bagi tahun 1452 Hijrah 

Menurut laporan laman web Al Arabiya, keadaan ini berlaku disebabkan oleh fakta bahawa kalendar Hijrah Islam adalah berdasarkan kepada kitaran bulan sementara kalendar Gregorian pula menandakan laluan bumi yang mengelilingi matahari.

Berikutan perbezaan antara dua kalendar tersebut bermakna Ramadan akan jatuh dua kali berdasarkan kepada kalendar tahun Gregorian.

Perubahan ini, kata Khaled, akan berlaku setiap 30 tahun dengan kali terakhir adalah pada 1997 manakala sebelum itu, puasa dua kali disambut pada 1965.

Sementara pada 2063, dijangkakan situasi yang sama akan berlaku lagi.

Kalendar Gregorian mula digunakan pada tahun 1500-an.

Tidak seperti kalendar Gregorian yang mempunyai 365 hari setahun, calendar Hijrah hanya memiliki 354 atau 355 hari

Ini juga membawa maksud Ramadan jatuh pada musim yang berbeza pada setiap tahun dan mengambil masa selama 32 tahun bagi melengkapkan pusingan tersebut.

Sumber: Astro Awani

Destination: