Ada Apa Dengan Wuhan Selain Koronavirus? Ini 10 Fakta Wuhan Yang Mesti Korang Terkejut!

TERKINI
January 31, 2020 - 01:05 PM


Sejak Novel Koronavirus muncul dan menggemparkan dunia, nama sebuah bandar di China iaitu WUHAN tiba-tiba menjadi sangat popular serta kerap menjadi sebutan masyarakat dunia termasuk kita yang ada di Malaysia.

Apa sebenarnya yang ada di Wuhan ini, selain menjadi punca penyebaran jangkitan penyakit berbahaya ini yang hingga telah meragut ratusan nyawa?

Menerusi sebuah thread di Twitter, seorang pengguna bernama @mkhairulazri telah berkongsi beberapa info menarik mengenai Wuhan yang ramai tidak tahu bahawa rupa-rupanya bandar itu dipenuhi dengan banyak bangunan pencakar langit yang futuristik serta masjid besar.

Jom kita ikuti perkongsian lelaki ini mengenai Wuhan.

1. Wuhan terletak di tengah - tengah negara China. Dan dah terkenal sejak 3500 tahun yang dulu sebagai tempat pelabuhan teh di Lembah Sungai Yangtze.

2. Wuhan adalah ibu negeri bagi Hubei. Merupakan antara bandar besar yang mempunyai 10.76 juta penduduk.

3. Wuhan sangat terkenal dengan kepakarannya dalam pembinaan jambatan, kejuruteraan keretapi berkelajuan tinggi dan industri berteknologi tinggi. Untuk pengetahuan semua, 50% jambatan yang dibina di dunia dan jugak 60% keretapi kelajuan tinggi direka dan dibuat di Wuhan.

4. Wuhan ni antara wilayah industri atau pengilangan yang terbesar di China selain Guangzhou, Shenzen dan juga Hangzhou. Kira Wuhan ni antara bandar yang terpenting kerana merupakan penyumbang terbesar kepada ekonomi China.

Gambar: Wuhan Economic & Technological Development Zone

5. Sektor pengilangan utama Wuhan adalah dalam bidang teknologi tinggi, kejuruteraan keretapi, optikal, automobile, iron & steel, pharmaceutical dan kejuruteraan biologi. Silap hari bulan, peralatan dan ubat - ubatan yang kita guna datang dari Wuhan.

6. Tahukah anda? Syarikat Dongfeng - Citroen Automobile Company Limited merupakan pengilang utama kenderaan bagi jenama Citroen untuk di pasarkan di pasaran rantau Asia. Ya. Untuk pasaran rantau Asia dia conquer.

         

7. Di Wuhan juga terdapat sebuah makmal biologi yang telah dibina oleh kerajaan China khusus untuk mengkaji pelbagai jenis virus yang berbahaya di dunia. Jangan di tanya pulak ada kaji tak novel coronavirus ni. Coronavirus ni ada 7 jenis. Tak tahu dia kaji yg mana satu.

 

8. Malah makmal ini direka memenuhi standard biohazard tertinggi agar sebarang kajian ke atas patogen berbahaya boleh dilakukan. Kiranya dia bina ikut standard yang betul la. So tak payah nak sebar cerita yang tak betul ok.

9. Mengikut catatan, Islam telah bertapak di Wuhan sejak abad ke 16 lagi.

10. Masjid pertama yang dibina di wilayah Wuhan ni adalah Wuhan Qiyijie Mosque @ Wuhan Chengwai Mosque. Masjid ni dianggarkan boleh menampung 500 jemaah dalam satu - satu masa dan terletak di Jalan Qiyi.

Destination: