Air New Zealand Lancarkan Prototaip Pod Berbaring Untuk Kelas Ekonomi
TERKINIKebiasaannya, penerbangan jarak jauh atau long haul akan mempunyai sleeping pod atau kerusi yang boleh dibaringkan sepenuhnya bagi memberikan keselesaan kepada penumpang kelas pertama. Jadi, hanya penumpang kelas pertama dan keatas sahaja akan mendapat manfaat daripada kemudahan ini.
Air New Zealand nampaknya cuba memberikan manfaat yang sama dengan memperkenalkan prototaip berbentuk sleeping pod yang seakan – akan katil bertingkat di dalam kabin untuk penumpang kelas ekonomi mereka untuk penerbangan jarak jauh.
Dijenamakan sebagai Economy Skynest, kawasan khas untuk berbaring ini mempunyai enam buah pod tidur penuh. Ini bermakna, penumpang boleh baring sepenuhnya dalam kedudukan baring yang sebenar.
Setiap pod dilengkapi dengan bantal, selimut, plag telinga dan tirai serta lampu yang membolehkan penumpang mendapatkan tidur yang lebih privasi.
Dalam masa yang sama, Air New Zealand sedang mempertimbangkan untuk menambah kemudahan lain seperti lampu bacaan, port USB serta unit ventilasi persendirian dan ini secara tidak langsung memberikan pengalaman yang lebih menarik dan menyeronokkan kepada penumpang mereka, lebih – lebih lagi untuk perjalanan yang mencecah 17 jam sehari.
Air New Zealand akan membuat keputusan untuk menggunakan dan melengkapkan pesawat – pesawat mereka dengan Skynest tahun hadapan setelah menjalani ujian dalam perjalanan Auckland ke New Zealand.
Jika keputusannya positif, ini bermakna penumpang Air New Zealand boleh menempah Skynest ini sebagai tambahan kepada tempat duduk ekonomi mereka selepas ini.