Air New Zealand Perkenalkan Cawan Boleh Dimakan

TERKINI
December 06, 2019 - 11:17 AM


Cawan kopi berperisa vanilla dan boleh dimakan sedang dalam tempoh percubaan di syarikat penerbangan New Zealand, New Zealand Air dalam usaha bagi mengurangkan pembaziran.

Penumpang di udara mahupun di lapangan terbang kini diberikan bekas minuman dan makanan yang anti bocor walaupun ia boleh dimakan. Menurut pengurus perkhidmatan pelanggan Air New Zealand berkata; cawan berkenaan mendapat sambutan yang sangat baik oleh penumpang.

Penggunaan cawan boleh dimakan ini merupakan usaha yang dilakukan Air New Zealand bagi mengurangkan pembaziran serta mempromosikan inovasi yang tidak meninggalkan kesan yang buruk kepada alam sekitar.

Sebelum ini, pihak Air New Zealand menggunakan bekas minuman berasaskan tumbuhan pada kesemua penerbangan mereka dan ini secara tak langsung dapat mengurangkan sekitar 15 juta cawan yang akhirnya dibuang ke tapak perlupusan sampah.

Tambah Air New Zealand, mereka akan melakukan percubaan ini secara berterusan dan memperkembangkan lagi kepada produk lain supaya ianya boleh dilakukan dan digunakan sebagai produk jangka masa panjang syarikat penerbangan berkenaan.

Sehingga hari ini, Air New Zealand menjual lebih daripada 8 juta kopi setahun. Bayangkanlah jika kesemuanya berakhir di tapak perlupusan sampah.