AirAsia Bakal Tawar Tambang Tetap Ke Sabah, Sarawak Sempena Perayaan Tahun Baru Cina

TERKINI
January 06, 2020 - 09:51 AM


AirAsia dikhabarkan bakal membuat pengumuman berkenaan tawaran harga tetap bagi mereka yang ingin pulang ke kampung halaman di Sabah dan Sarawak sempena menyambut Tahun Baru Cina nanti dan dijangka pihak AirAsia bakal mengumumkan harga untuk kedua-dua negeri di berkenaan esok (7/1/2020).

Menurut laporan Borneo post, pihak AirAsia masih dalam proses perbincangan dengan pihak berkenaan bagi menawarkan tambang tetap ini sebelum sambutan Tahun Baru Cina tahun ini. Dikhabarkan, laluan yang bakal terlibat adalah dari Kuala Lumpur ke Tawau dan Kuala Lumpur ke Sandakan.

Inisiatif ini dilakukan bagi membolehkan pelajar dan anak muda yang merantau di Semenanjung Malaysia untuk pulang ke kampung halaman masing masing dan tawaran akan melibatkan penerbangan ke bandar kedua kedua – dua negeri.

Tahun lalu, AirAsia telah menawarkan tambang serendah RM99 dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang, RM149 untuk ke Miri, Sibu dan Kuching dan RM199 ke Kota Kinabalu. Dalam masa yang sama, AirAsia turut menambah penerbangan lewat malam untuk memenuhi permintaan penumpang.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pengangkutan, tawaran baharu ini akan melibatkan bandar kedua seperti Sandakan, Tawau, Sibu, Bintulu dan Miri. Nantikan sahaja pengumuman dari AirAsia.