AirAsia Diskaun Tiket Penerbangan Serendah RM18 Sempena Tahun Baru Cina

TERKINI
January 15, 2020 - 03:37 PM


Hujung minggu hadapan (25 Januari 2020), akan adanya cuti umum sempena Tahun Baru Cina dan seperti kebiasaannya, syarikat akan memberikan cuti yang agak lama. Ini secara tak langsung merupakan peluang terbaik buat semua kaki ‘travel’.

Sempena perayaan Tahun Baru Cina nanti, AirAsia akan mengadakan diskaun tiket penerbangan dan bagi penerbangan domestik, harga bermula dari RM18 dan penerbangan antarabangsa bermula dari RM48 sahaja.

Kalau nak diikutkan, promosi ini telah bermula dua hari lalu, iaitu pada 13 Januari dan akan berakhir sehingga 19 Januari 2020. Tempoh penerbangan bagi promosi ini adalah dari September hingga Mac 2021.

Jom kita tengok, bulan September hingga Mac tu ada cuti panjang tak..
Kalau tak silap, ada Hari Keputraan YDP Agong, 3 hari, Hari Malaysia, boleh pegi sampai 5 hari.

Macam biasa, tempahan boleh dilakukan di laman web AirAsia.