AirAsia, MAS Batalkan Penerbangan Ke Manila Susulan Letusan Gunung Berapi Taal

TERKINI
January 13, 2020 - 10:23 AM


Susulan letusan Gunung Berapi Taal di Filipina, kesemua penerbangan menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Nino Aquino (NAIA) di Manila dibatalkan sehingga keadaan kembali pulih.

Penumpang dinasihatkan supaya menghubungi syarikat penerbangan, selain mengikuti perkembangan dan status penerbangan masing – masing melalui laman web.

Bagi pengguna AirAsia, kemaskini hari ini (13.1.2020); didapati kesemua penerbangan ke NAIA dibatalkan atas nasihat daripada pihak berkuasa lapangan terbang Manila yang ketika ini membatalkan kesemua penerbangan keluar dan masuk ke lapangan terbang antarabangsa tersebut sehingga diberitahu kemudian.

Difahamkan, sebanyak 66 penerbangan dibatalkan hari ini dan kesemua penumpang telah diberikan notifikasi melalui e-mel dan juga sms. Dalam masa yang sama, kepada mereka yang terjejas akibat bencana ini, diminta rujuk kepada Travel Advisory yang dikeluarkan.

Sehingga jam 10 pagi waktu Malaysia, Wisma Putra masih belum mengeluarkan sebarang kemaskini dan kenyataan terakhir Wisma Putra adalah supaya rakyat Malaysia yang berada di Manila berhati – hati dan memberikan kerjasama kepada arahan – arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa.

Mereka yang perlukan bantuan konsular boleh mengubungi kedutaan Malaysia di Filipina di :

107, Tordesillas Street, Salcedo Village

Makati City, 1227 Philippines.

Tel:  +63 2 8662 8200

+63 917 864 0761 (after working hours)

E-mail: [email protected]

Menurut laporan, Gunung Berapi Taal merupakan gunung berapi paling aktif di Filipina dan letusan yang berlaku jam 1 petang 12 Januari tersebut telah memuntahkan debu setinggi 15 kilometer selain berlaku gegaran.

Kali terakhir Gunung Taal Meletus adalah pada tahun 1977 dan ketika ini amaran yang dikeluarkan adalah berada di tahap 4 iaitu sangat berbahaya dan berkemungkinan letusan akan berlaku pada bila – bila masa dalam tempoh satu jam atau hari.

 

Destination: