Qantas Airways Dinamakan Sebagai Syarikat Penerbangan Yang Paling Selamat

PANAS
November 08, 2019 - 02:35 PM


Keselamatan merupakan aspek utama dan paling penting yang dititikberatkan oleh penumpang terutamanya apabila melibatkan penerbangan. Selain juruterbang yang terlatih dan berpengalaman, syarikat penerbangan juga memainkan peranan yang besar dalam menjaga aspek keselamatan mereka supaya penumpang dan pesawat tiba ke destinasi.

Baru – baru ini, sebuah rating yang dikeluarkan oleh AirlineRating.com telah menamakan Qantas Airways iaitu sebuah syarikat penerbangan dari Australia sebagai syarikat penerbangan yang paling selamat.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan, Qantas berjaya menunjukkan komitmen serta kepimpinan yang tinggi dalam memastikan keselamatan penumpang dan anak kapal mereka. Ini dikuatkan lagi dengan penurunan laporan kemalangan yang berlaku dalam tempoh masa 12 bulan lalu dan ini menunjukkan peningkatan keatas prestasi mereka.

Data yang dikumpulkan dalam rating tersebut melibatkan 405 syarikat penerbangan seluruh dunia dan kesemuanya perlu memenuhi 12 kriteria yang ditetapkan.

Dari jumlah 405 syarikat tersebut; 20 syarikat penerbangan paling selamat adalah ; Air New Zealand, Alaska Airlines, All Nippon Airways, American Airlines, Austrian Airlines, British Airways, Cathay Pacific Airways, Emirates, EVA Air, Finnair, Hawaiian Airlines, KLM, Lufthansa, Qantas, Qatar Airways, Scandinavian Airline Sistem, Syarikat Penerbangan Singapura, Swiss, dan United Airlines dan Virgin syarikat penerbangan (Atlantik dan Australia).

Walaupun tidak tersenarai dalam top-20, kami menggunakan fungsi perbandingan yang ada untuk tengok dimanakan kedudukan syarikat Malaysia. Ternyata; AirAsia Malaysia mendapat rating keselamatan yang sama dengan Qantas iaitu 7 bintang.

;