Airbnb Nak ‘Payung’ Rakyat Malaysia Untuk Jelajah Antartika Selama Sebulan

TERKINI
September 26, 2019 - 12:47 PM


Sebulan di Antartika, SEMUA PERBELANJAAN DITANGGUNG!

Itulah yang ditawarkan oleh Airbnb kepada rakyat Malaysia yang berhajat atau sanggup untuk menjadi sukarelawan untuk sertai ekspidisi saintifik ke Benua Antartika.

Airbnb dalam posting yang dikeluarkan men’jemput’ rakyat Malaysia (salah sebuah negara yang ada dalam senarai) untuk memohon untuk menjadi sebahagian daripada Citizen Scientist dalam program Antartic Sabbatical selama sebulan bermula 18 November.

Pasukan pengkaji ini akan diketuai oleh Kirstie Jones-Williams dan mereka akan mengkaji sampel salji untuk kajian microplastics.

Program saintifik ini akan bermula di Chile sebelum ke Antartika bagi mendapatkan sampel salji dan sampel berkenaan akan dibawa pulang ke Chile semula untuk menyediakan hasil kajian.

Kajian ini amat penting untuk memahami bagaimana mikroplastik merebak di seluruh dunia dan pentingnya kajian ini nanti membolehkan sebuah polisi dikeluarkan untuk mengelakkan perkara ini berleluasa. Dalam bahasa mudahnya, korang kan menyelamatkan bumi!

Untuk ekspidisi ini, Airbnb membuat kerjasama bersama Ocean Conservancy bagi menyelamatkan lautan kita daripada ancaman dan cabaran global.

Untuk sertai atau memohon; korang mestilah :

  • Berumur 18 tahun ke atas
  • Warganegara Malaysia (atau negara lain yang tersenarai)
  • Boleh bertutur Bahasa Inggeris
  • Sihat tubuh badan (untuk hadapi cuaca mencabar di Antartika)

Sekiranya berminat, korang boleh apply di sini sebelum 8 Oktober – PERCUMA!

Jom layan dulu video dari Airbnb pasal ekspidisi ni :