Airbnb Tawarkan Trip Percuma 2 Bulan Ke Bahamas

TERKINI
January 29, 2020 - 11:22 AM


Airbnb sedang mencari 5 orang bertuah untuk sertai mereka untuk sebuah program ekologi di Bahamas selama dua bulan dan segala perbelanjaan akan ditanggung oleh pihak mereka.

Dalam sebuah projek ‘sabbatical’ terbaru Airbnb ini, mereka akan memilih 5 orang individu untuk habiskan masa selama 2 bulan iaitu dari awal April hingga penghujung Mei untuk ke tiga lokasi di Bahamas dalam usaha untuk memulihara sumber alam semulajadi dan budaya di Bahamas.

Program sabbatical ini adalah usahasama Airbnb dan Bahamas National Trust, sebuah badan yang bertanggungjawab untuk melindungi 32 buah taman negara disana.

Projek ini bukanlah pertama kali kelolaan Airbnb kerana sebelum ini mereka berjaya melakukan projek di Itali dan juga ekspedisi ke Antartika. Kedua – dua projek berkenaan telah memilih beberapa orang sukarelawan untuk bercuti sambil bekerja dan membantu dalam penyelidikan yang dilakukan.

Untuk sertai pengembaraan terbaru Airbnb ini, peserta haruslah menunjukan komitmen yang tinggi dalam membantu kehidupan di pulau.

Difahamkan, mereka yang berjaya akan dibawa ke Andros, lokasi sistem terumbu karang ketiga terbesar di dunia untuk membantu program pemuliharaan terumbu selain membina sebuah tapak semaian terumbu karang.

Selepas itu, mereka akan ke Exuma bagi menyokong dan menggalakkan ‘ethical fishing’ yang mana ia melibatkan satu spesies ikan yang menjadi ancaman dan juga makanan kepada penduduk tempatan iaitu red lionfish.

Minggu terakhir, peserta akan dibawa ke Eluthera bagi menggalakkan pertanian tradisional iaitu penanaman teh yang boleh dijadikan penawar. Inia mat penting dan akan membantu mengekalkan aspek kebudayaan kerana ia semakin hari semakin dilupakan.

Bahamas merupakan sebuah negara yang terdiri daripada 700 buah pulau dan ia bergantung sepenuhnya kepada industri pelancongan.

Peserta yang terpilih akan diumumkan pada 25 Mac 2020 dan ekspedisi akan bermula dari 1 April hingga 31 Mei 2020.

Sumber : Airbnb