Amerika: Minta Pakai Mask, Petugas Pam Minyak Maut Ditembak

TERKINI
September 23, 2021 - 10:09 PM


Ganas sangat la orang Amerika...

Seorang juruwang yang bekerja di stesen minyak maut ditembak oleh seorang pelanggan selepas diminta untuk memakai pelitup muka, lapor Sky News. 

Kejadian itu berlaku di sebuah stesen minyak di bandar Idar-Obersteinm, Jerman dan mangsa merupakan seorang wanita berusia 20 tahun. Mangsa maut selepas ditembak di bahagian kepala hanya kerana meminta pelanggan lelaki tersebut mematuhi peraturan Covid-19 dengan memakai pelitup muka.

Lelaki itu yang mahu membeli bir, enggan mengenakan pelitup muka dan meninggalkan stesen minyak tersebut, kemudian suspek kembali semula ke stesen minyak itu kira-kira 30 minit kemudian dengan memakai pelitup muka.

“Lelaki itu mengeluarkan pistol dan menembak kepala juruwang tersebut. Mangsa meninggal dunia serta-merta,” kata pandakwa raya, Kai Fuhrmann.

Menurut pihak berkuasa, suspek berusia 49 tahun itu melarikan diri dari lokasi kejadian, namun menyerah diri kepada polis pada keesokan hari dan mengaku menembak wanita tersebut kerana berasa marah apabila diminta untuk memakai pelitup muka.