Uniknya Rekaan Restoran KFC Ala Retro 1950-An Ni. Betul Ke Katanya Dekat Bukit Raja, Klang?

TERKINI
November 03, 2020 - 04:28 PM


Selain makanan segera McDonalds, Kentucky Fried Chicken atau lebih dikenali sebagai KFC juga antara hidangan yang paling digemari rakyat Malaysia.

Justeru tak hairanlah, banyak outlet atau restoran KFC yang tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan di seluruh pelusuk negara.

Kredit: o2DesignAtelier (Facebook)

Terbaharu, viral di media sosial mengenai rekabentuk unik sebuah restoran KFC yang dikatakan bakal dibuka di Bukti Raja, Klang, Selangor apabila mengadaptasi rekaan restoran makanan segera persis di Amerika Syarikat berkonsepkan retro yang popular sekitar tahun 1950-an.

Berdasarkan beberapa keping gambar yang tersebar, restoran KFC berkenaan akan menampilkan sebuah bucket KFC gergasi yang dapat dilihat dari kejauhan dan seluruh bangunan pula bakal dihiasi dengan warna putih dan merah yang sinonim dengan jenama makanan tersebut.

Kredit: @Rivertree Signatures (Facebook)
Kredit: @Rivertree Signatures (Facebook)

Berdasarkan kepada gambar, pembinaan restoran itu sedang giat dijalankan dan seakan hampir siap dalam masa terdekat.

Bagaimanapun, tarikh pembukaan rasmi restoran KFC berkenaan telah disahkan adalah pada suku kedua 2021.

Kredit: @Rivertree Signatures (Facebook)

Bagi korang yang duduk di sekitar Bukit Raja, Klang mesti rasa teruja dan tak sabar untuk menjamu selera di restoran KFC tu kan?

Boleh fefeeling macam makan dekat restoran klasik tahun 50-an di Amerika...ala yang selalu tayang dalam filem omputih tu...hehehe...

Sumber: KL Foodie

Destination: