Sebelum Ni Kritik, Sekarang Wartawan UK Jadi Peminat Nasi Lemak Malaysia!

TERKINI
January 22, 2020 - 12:42 PM


Selepas viral dan menjadi bahan kecaman netizen kerana mengkritik hidangan popular Malaysia iaitu nasi lemak, kini wartawan warga United Kingdom (UK) bernama Katie Morley mengakui beliau telah menjadi peminat makanan tradisi tersebut.

Perkara itu dikongsikan beliau dalam Twitternya apabila memuat naik foto dirinya menikmati sepinggan nasi lemak, kacang dan ikan bilis goreng, semangkuk sambal, telur rebus, dan kari ayam.

“Terima kasih kepada semua rakyat Malaysia yang mencadangkan saya merasa nasi lemak sebenar.

“Anda benar, ia sedap! Tidak seperti hidangan yang saya rasa dalam BA (British Airways),” catatnya.

Katie menjelaskan dia menemui hidangan nasi lemak itu di Chelsea.

Rata-rata pengguna di ruangan komen gembira dengan usaha Katie memperbetulkan tanggapannya, malah ada yang menjemputnya ke Malaysia kerana di sini mempunyai pelbagai pilihan.

Beliau minggu lalu mengkritik hidangan nasi lemak yang dipesannya semasa dalam 13 jam penerbangan pesawat British Airways dengan memberi markah 0/10.

Kritikannya itu mengundang rasa tidak senang warga maya, terutamanya rakyat Malaysia.

 

Artikel Terdahulu: Tak Tahu Nasi Lemak Hidangan Popular Malaysia, Wartawan UK Diserang Netizen!

Destination: