Tak Tahu Nasi Lemak Hidangan Popular Malaysia, Wartawan UK Diserang Netizen!

PANAS
January 17, 2020 - 03:50 PM


Setiap kali melancong ke negara orang, antara maklumat paling penting yang perlu kita ketahui ialah budaya, adat dan jenis makanan tradisi mereka.

Ini kerana jika kita silap info dan main kritik je, tak pasal-pasal kita juga yang bakal kena kecam oleh rakyat di sesebuah negara tersebut seperti yang dialami oleh seorang wartawan wanita dari United Kingdom.

Katie Morley menerusi Twitternya dikatakan telah mengkritik hidangan nasi lemak yang dihidangkan oleh British Airways dalam satu penerbangan yang mengambil masa selama 13 jam.

Wartawan The Telegraph itu memperkecilkan nasi lemak yang dihidangkan dalam pesawat dengan memberikan nilai 0/10 memandangkan ia hanyalah hidangan berupa kari ayam dengan telur rebus serta ikan bilis berlendir.

Postingnya ternyata viral dan mengundang kemarahan netizen khususnya dari Malaysia dan menganggap Morley tidak peka serta sensitif dengan makanan kegemaran masyarakat di Asia.

Bagaimanapun, selepas dikecam hebat, Morley akhirnya memohon maaf dan memaklumkan tidak mempunyai niat bagi memperkecilkan apatah lagi menghina nasi lemak yang dianggap hidangan kebangsaan negara ini.

"Ramai rakyat Malaysia menghubungi saya dan memberitahu nasi lemak merupakan hidangan kebangsaan yang popular. Saya tidak pernah merasai masakan itu sebelum ini dan tidak berniat menghina mana-mana pihak.

"Seperti yang telah dinyatakan, saya dihidangkan dengan versi yang kurang baik oleh BA. Saya pasti ia sedap dan berharap dapat cuba masakan yang sebenar satu hari nanti!" tulisnya dalam Twitter malam tadi.

P/S: Jadi 'moral of the story' kalau nak kecam apa-apa, pastikan anda telah kaji segala info mengenai perkara yang ingin dikecam, kalau tak anda bersedialah pula untuk 'ditembak'! Hehehe... 

Destination: