Pengguna Di Twitter Ini Rungkai Mesej Tersirat Di Sebalik Nasi Ayam Goreng Kunyit Pemberian Anwar Kepada Media!

TERKINI
November 24, 2022 - 04:58 PM


Selepas 4 hari rakyat Malaysia berdepan dengan situasi politik 'Parlimen Tergantung' selepas Pasca PRU15 -- akhirnya pada hari ini (24 Nov) teka-teki mengenai siapa gerangan Perdana Menteri ke-10 akhirnya terjawab!

Dan penantian selama 24 tahun Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memimpin Malaysia terbayar apabila beliau diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menjadi Perdana Menteri ke-10 Malaysia.

Beberapa hari sebelum ini, setiap kenyataan atau butir bicara yang meluncur keluar daripada mulut Anwar pasti menjadi tajuk berita utama -- lebih-lebih lagi Pengerusi Pakatan Harapan (PH) dan Presiden PKR itu antara yang disebut-sebut sebagai salah seorang calon Perdana Menteri Malaysia.

Malah, klip video ketika beliau menunggu pengumuman rasmi keputusan sebagai Perdana Menteri, Ahli Parlimen Tambun itu dilihat menyantuni petugas media yang 'berkampung' di halaman rumahnya di Sungai Long, Kajang pada Rabu -- menjadi perhatian selepas dimuat naik oleh pelayar bernama @yonahwah di Twitter.

Individu berkenaan dilihat begitu kreatif 'membedah' atau merungkai maksud di sebalik video berkenaan.

Menerusi satu bebenang (thread), pelayar tersebut merungkai isyarat yang didakwanya cuba disampaikan Anwar menerusi kata-kata spontan serta makanan berupa nasi ayam goreng kunyit yang disumbangkan kepada media.

"Berita baik, lunch is served, kata @anwaribrahim. Let's decode this (Mari tafsirkan ini). Hahahaha. Tak payah panjang-panjang. Memang tau dah apa maksud dia. Come on Malaysia, takkan tak faham lagi!" tulis pelayar berkenaan.

Dalam huraiannya, pelayar tersebut mentafsirkan 'lunch is served' adalah bahasa kiasan untuk 'justice is served' di mana terma tersebut lazim digunakan di dalam mahkamah.

"Tapi untuk konteks apa yang berlaku pasca PRU15 ni, justice is served tu maksudnya keadilan dah ditegakkan. Justice 'Keadilan' dan DSAI (Anwar) Presiden PKR 'ready to serve Malaysia'.

"Nasi ayam goreng kunyit. Selalunya pakej sekali dengan sambal pedas matrock tu. Kunyit simbolised warna kuning diraja. Ayam goreng, something yang secara amnya rakyat Malaysia suka.

"Sambal, segala perit jerih hingga berdarah DSAI kena bantai dalam penjara dulu. Kicap, titik hitam sejarah. Apabila ayam goreng, kunyit, sambal, kicap hitam disatukan, jadi satu lauk yang sedap.

"Itulah sebabnya DSAI serves lauk ni for lunch today. Segala perit jerih perjuangan yang akhirnya akan memberikan sesuatu yang sedap dan lazat buat seluruh Malaysia," hurainya.

Begitu juga dengan makanan serta minuman ringan yang diedarkan kepada media, di mana ia didakwa mempunyai isyarat serta maksud yang signifikan.

"DSAI juga bagi (minuman) 100plus, milo kotak dan biskut. 100plus ada dua maksud. 100+ means numbers of seats yang sokong DSAI. 100plus juga simbolised PM ke-10.

"Biskut tu harga dia RM12.20, tu maksud dia 20 November haritu lagi DSAI dah ada majoriti. Angka 12 pada harga RM12.20 tu pula maksudnya bulan 12 ni bajet pertama DSAI sebagai PM10 akan diluluskan.

"Biskut tu pula jenama Funmix yang mungkin bagi petunjuk ada mix of kaum dan agama dalam pentadbiran DSAI sebagai PM10 nanti. And DSAI memang perjuangkan multiracial parti.

"Dekat bawah pack biskut tu ada tulis 'easy pack'. Sebenarnya pact tapi hidden message kan. Easy pack (gabungan mudah). Senang ja DSAI build pack dengan parti lain sebenarnya.

"Dan air kotak milo tu DSAI nak bagi hidden code for Malaysia, ini kali, lu semua, okay. English translation 'Dear Malaysia, this time you guys will be okay' sebab DSAI akan terajui Malaysia ke arah The Asian Tiger again! Roar!" hurainya panjang lebar.

Menjengah ruangan komen, rata-rata netizen 'terpukau' dengan huraian lelaki berkenaan mengenai situasi yang berlaku dan mengaitkannya dengan mesej tersirat Anwar.

"Gila la, level-level Sherlock Holmes, Da Vincci Code, National Treasure, Conspiracy Theory dan lain-lain.
"Dahsyat gila decode... lepas ni bisnes nasi ayam goreng kunyit naik ye.
"Ini bukan decode ni. Ini overthinking level perempuan tengah period," demikian antara komen netizen.

Sehingga kini ciapan tersebut meraih lebih 6,000 ulang kicau.

Sumber: Mstar

Destination: