"Arwah Pergi Tak Sampai 24 Jam Lagi" Influencer Dikecam Buat Konten Melawat Pusara Siti Sarah

TERKINI
August 11, 2021 - 01:36 PM


Selepas satu Malaysia bersedih dengan pemergian Allahyarhamah Siti Sarah Binti Raisudin, siapa sangka ada yang menggunakan kesempatan tersebut demi keuntungan diri sendiri... 

Influencer Aisar Khaled dikecam hebat gara-gara membuat konten Youtube melawat pusara Siti Sarah, sedangkan belum sempat 24 jam lagi selepas pemergian penyanyi tanah air tersebut, dan lebih menimbulkan kemarahan lagi, Aisar turut memuat naik konten tersebut pada Instagram Story dengan pautan yang mengajak orang ramai untuk menyunting video kandungan itu menjadi lebih kreatif. Sebagai ganjaran Aisar akan memberi giveaway (sagu hati) kepada penyunting berkenaan.

 

 

Selepas perkara tersebut tular, Aisar mendapat kecaman daripada pelbagai pihak, di pelbagai platform termasuklah sesama Influencer yang merasakan perkara tersebut terlalu keterlaluan kerana keluarga Siti Sarah sendiri turut belum berkesempatan untuk menziarahi kuburnya. 

"Respect lah orang baru pergi... muka elok tapi bod*h"

@danialzainnnn

Muka helok tapi benak buat content pasal arwah siap ada giveaway and posing2 bagai depan kubur. Terpaling influence lah tu? Astaghaaaa otak nya jelek!

♬ original sound - Danialzainnn

 

Selepas mengetahui tentang perkara tersebut, pelawak Shuib turut menzahirkan rasa kesal dan marah kerana kurang sikap sensitif terhadap orang lain. 

“Kena tahu di kehidupan ini kalau Allah nak uji, takut-takut nanti kalau tiada rasa sensitif atau pun suka nak buka aib orang, takut-takut bahagian kita pula."

“Marah memang marah, kena ada sensitiviti. Kita tidak tahu nasib ke depan nanti macam mana? Adalah lebih baik berkasih sayang dan kongsikan yang baik-baik” kata Shuib. 

Aisar sudah memohon maaf secara terbuka kepada keluarga Shuib dan juga orang ramai, malah kandungan video itu juga sudah dipadam dua jam selepas dimuat naik, dan Aisar kini meletakkan akaun Instagram di dalam mod private.