"Buat Konten Tipu B40" - Aisar Khaled Didakwa Tipu Pengikut, Janji Hadiahkan Mercedes

TERKINI
December 19, 2023 - 01:15 PM


Sejak kebelakangan ni, memang ramai content creator yang memuat naik berkonsepkan giveaway. Anda cuma perlu mengikut terma dan syarat yang ditetapkan, anda terus berpeluang untuk memenangi hadiah lumayan.

Namun, tidak ramai yang berpegang pada janji apabila melibatkan hadiah luamayan. Ada yang kata pemenang telah dipilih dari awal atau kata kasarnya diberikan kepada kroni. Itu tuduhan yang dilemparkan kepada Aisar Khaled.

Aisar Khaleed menjadi bualan ramai apabila dia menjanjikan satu cabutan bertuah sebuah kerete jenama Mercedes. Cara untuk join giveaway-nya cukup mudah, anda cuma perlu membeli minyak wangi terbarunya.

Disebakan itu, ramai orang yang berpusu-pusu membeli minyak wanginya untuk berpeluang membawa pulang sebuah kereta Mercedes. Namun, ada juga sesetengah pihak yang memerhati tindak tanduk Aisar Khaled.

Ada segelintir netizen mendakwa bahawa itu hanyalah marketing semata-mata dan hadiah tersebut tidak akan diberikan kepada pemenang atau pemenang bakal dipilih dalam kalangan rakan-rakannya.

Bahkan, ada juga sudah mula meluat dan mendakwa Aisar ‘kaki kencing’ dan berasa hairan akan jumlah pengikutnya yang semakin ramai.

Destination: