Awas! 3 Pantai Di Dungun, Terengganu Ini Sebenarnya 'Lubuk Mayat'
TERKINITerengganu dan pantai memang tak dapat dipisahkan.
Oleh kerana itu, ramai orang yang ingin menikmati keindahan pantai pastinya memilih Terengganu antara lokasi wajib untuk mereka singgahi.
Tetapi korang tahu tak bahawa terdapat juga beberapa pantai yang berbahaya serta tidak sesuai untuk aktiviti mandi-manda.
Bagaimanapun, perkara ini jarang diketahui oleh orang luar sedangkan sebenarnya rakyat tempatan pun tidak berani untuk berenang di pantai-pantai berkenaan.
Tiga buah pantai yang dimaksudkan adalah Pantai Teluk Bidara, Teluk Lipat dan Teluk Gadong di Dungun, Terengganu yang mana lokasi kesemuanya sejajar serta tidak jauh antara satu sama lain.
Seorang guru di Twitter yang lahir dan membesar di Dungun, @MohdAsriDungun turut memaklumkan bahawa ketiga-tiga pantai berkenaan dilabel sebagai lubuk mayat oleh penduduk tempatan dan didakwa cukup bahaya kepada pengunjung yang datang untuk mandi-manda di kawasan berkenaan.
Ini kerana pantai tersebut telah banyak meragut nyawa dari dulu hingga sekarang, dan terbaharu pada Jumaat lepas (17 Januari 2020), 4 empat pelajar Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin meninggal dunia selepas dihanyutkan ombak ketika mandi di Pantai Teluk Bidara.
Semua mayat dah jumpa. Innalillah.
— Ꮧ𝖘ཞเ (@MohdAsriDungun) January 19, 2020
Aku lahir dan membesar kat Dungun, tak pernah sekali pun mandi pantai. Bila bagitau orang aku tak mandi walaupun rumah dekat dengan pantai, ramai yang gelak. Tapi Ma aku memang pesan tak boleh mandi kat Pantai Dungun. Bahaya. JANGAN MANDI! https://t.co/ex5X2k5zb4
Malah baru-baru ini, Pakar Oseanografi dari Universiti Malaysia Terengganu (UMT) turut mengingatkan orang ramai bahawa ombak yang beralun tenang di permukaan laut bukanlah petanda pantai itu selamat untuk aktiviti mandi manda.
Walaupun kelihatan tenang, namun di dasarnya terdapat arus karau atau “rip current” yang sangat berbahaya dan boleh menjadi ‘perangkap maut’ kepada pengunjung yang mandi manda.
Risiko bahaya itu lebih tinggi sepanjang Monsun Timur Laut kerana tenaga ombak yang sangat kuat dari kawasan tengah Laut China Selatan sentiasa aktif serta boleh membawa tenaga ke kawasan pantai pada bila-bila masa dan ini yang sering menjadi punca lemas.
P/S: Siapa sangka ombak yang tenang sebenarnya sangat berbahaya! Jadi lepas ni korang elak-elaklah mandi-manda di 3 pantai di Dungun, Terengganu ni. Sayangilah diri dan keluarga dahulu ya...