
Tasik ‘Maldives Siberia’, Cantik Tapi Bahaya!
VIRALSekali imbas, gambar sebuah tasik di bandar Novosibirsk, Siberia, Rusia ini memang kelihatan sangat indah dan cantik dengan airnya yang kebiru-biruan.
Namun siapa sangka, tasik yang diberikan gelaran ‘Maldives Siberia’ atau 'Maldives Novosibirsk’ itu sebenarnya merupakan tapak pelupusan sisa toksik dari sebuah loji arang batu.
Airnya yang berwarna kebiruan dan saling tak tumpah seperti di Maldives sebuah pantai percutian popular dunia, sebenarnya disebabkan mengandungi garam kalsium dan beberapa bahan mineral yang tinggi.
Malah, pihak berkuasa tempatan, Siberian Generating Company (SGC) juga telah memberi amaran bahawa nilai pH air tasik tersebut lebih daripada lapan dan boleh menyebabkan alahan pada kulit manusia.
Namun, semua risiko bahaya itu nampaknya tidak diendahkan oleh penduduk Rusia yang masih juga berdegil dan membahayakan diri mereka bergambar serta berselfie berlatarbelakangkan tasik berkenaan.
Bahkan, ia kini menjadi tumpuan golongan pemburu destinasi pelancongan menarik dunia apabila tasik itu mempunyai akaun Instagramnya sendiri bernama 'maldives_nsk' untuk pengunjung berkongsi kecantikan gambar mereka di sana.
SGC menerusi satu kenyataan juga memaklumkan bahawa orang ramai tidak boleh berenang dalam tasik tersebut kerana mempunyai kadar alkali yang tinggi, selain dasarnya dipenuhi dengan lumpur dan boleh menyebabkan insiden lemas.
“Berjalan di sepanjang tasik tersebut boleh diibaratkan seperti berjalan dalam jarak tembakan tentera, bahaya serta tidak dapat dijangka,” jelas kenyataan itu.
SGC turut meletakkan papan tanda di kawasan tasik tersebut, namun masih tidak diendahkan orang ramai.
Nak info lebih lanjut tentang One Piece ‘The Great Era of Piracy?
• Tekan link untuk tiket Promo Early Bird One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour
• Tekan link untuk Artikel Penuh One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour
• Tekan link untuk GIVEAWAY 20 Tiket One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour PERCUMA
• Dah bergambar dengan Giant Luffy? Ini 5 Lokasi Jelajah Giant Luffy! Tekan link untuk video