Bateri Telefon Terbakar Ketika Penerbangan, 20% Bahagian Badan Terbakar

TERKINI
December 30, 2019 - 11:12 AM


Sebuah pesawat AirAsia bertujuan ke Hong Kong dari Kuala Lumpur pada hari Christmas yang lalu terpaksa singgah di Ho Chi Minh selepas telefon bimbit milik salah seorang penumpang terbakar dan dianggarkan 20% daripada bahagian badan penumpang tersebut turut tercedera.

Kejadian yang berlaku pada penerbangan AK130 berkenaan dilaporkan ketika pesawat berada pada paras ketinggian 35,000 kaki dan bateri tambahan kepada penumpang berkenaan dikatakan terbakar akibat ‘thermal runway’ dan menyebabkan kulit bahagian kaki, peha dan lengan penumpang berkenaan turut terbakar.

Kes bateri Lithium Ion Terbakar Di China

Kecekapan anak kapal berjaya memadamkan kebakaran sebelum ianya merebak sebelum meletakkan bateri tersebut dalam sebuah bekas. Penumpang diberikan rawatan awal sebelum pesawat mendarat di Ho Chi Minh dan kemudiannya terus dibawa ke hospital berdekatan.

Pesawat baharu dihantar oleh pihak AirAsia dengan penumpang sedia ada terpaksa menunggu sekitar 17 jam sebelum boleh meneruskan perjalanan.

Punca Bateri Telefon Terbakar

Walaupun kejadian bateri telefon terbakar atau meletup ini jarang – jarang berlaku, ia sebenarnya boleh terbakar. Puncanya adalah pada bateri Lithium-ion yang terkena keadaan ‘thermal runway’. Thermal runway ni berlaku apabila bateri mencapai suhu maksimum dan bergantung kepada jenis bateri dan keadaan, reaksi yang dihasilkan adalah berbeza. Kadangkala ia berlaku secara senyap, mengeluarkan asap, terbakar dan ada beberapa kes, ia terus meletup.

Kebiasaannya, teknologi telefon – telefon sekarang akan shut-down telefon secara automatic apabila suhu menjadi terlalu panas dan ini adalah ciri – ciri keselamatan bagi mengelakkan ianya terbakar atau meletup.

Punca Kebakaran Telefon

Biasanya, telefon pintar atau apa sahaja barangan yang mempunyai bateri jenis Lithium Ion akan menjadi terlalu panas sekiranya ia digunakan secara maksimum atau terlebih cas. Biasanya bateri akan rosak dahulu sebelum ia terbakar.

Jenis - Jenis Bateri Lithium- Ion

Punca utama disini adalah kecuaian dari segi pembuatan di kilang. Sekiranya ianya berlaku, boleh dikatakan ia tunggu masa sahaja untuk terjadi. Ingat tak dulu ada satu masa telefon jenis Samsung tidak dibenarkan naik pesawat? Sebab inilah.


Ini juga salah satu sebab kenapa kapasiti powerbank yang dibenarkan dibawa naik ke pesawat dihadkan. Setakat ini; 10,000 ke bawah tak ada masalah untuk dibawa naik ke kabin.