Bersekedudukan Di Indonesia, Anda Bakal Berdepan Hukuman Penjara

TERKINI
September 23, 2019 - 11:56 AM


Indonesia bakal perkenalkan undang – undang baharu dengan mengelaskan hubungan seks luar nikah sebagai satu jenayah.

Jika dikuatkuasakan bulan hadapan, pasangan yang belum berkahwin tetapi tinggal bersekedudukan boleh dipenjara enam bulan atau dedenda maksumum 10 juta rupiah (~ RM3,000) dan hukuman penjara maksimum setahun juga boleh dikenakan ke atas sesiapa yang melakukan hubungan seks dengan seseorang yang bukan pasangannya sekiranya terdapat aduan oleh anggota keluarga terdekat.

Jika didapati bersalah, bukan sahaja rakyat tempatan tetapi pelancong juga akan dikenakan hukuman yang sama sekiranya undang – undang ini dikuatkuasakan pada hujung bulan nanti sekiranya diluluskan.

Undang – undang ini ternyata mendapat perhatian ramai pihak. Paling banyak terkesan adalah pengusaha pusat percutian di Bali dan kawasan tarikan pelancongan lain di Indonesia.

Menurut laporan Astro Awani; berjuta-juta rakyat Indonesia mungkin terkesan dengan undang-undang baharu ini susulan kajian mendapati 40 peratus warga muda Indonesia terlibat dalam kegiatan seks luar nikah.

Parlimen Indonesia dilaporkan turut mempertimbang mengenakan hukuman penjara kepada mana-mana pelancong yang melakukan hubungan seks luar nikah semasa berkunjung ke destinasi percutian popular di Bali.

p/s : Dengar cerita, ramai pelancong dah mula batalkan percutian ke Bali.

Destination: