Betul Ke AstraZeneca Tidak Diterima Langsung Oleh EU?

TERKINI
July 05, 2021 - 04:30 PM


Telah berlaku kekecohan beberapa hari lepas dikatakan salah satu vaksin iaitu AstraZeneca tidak diiktiraf oleh Kesatuan Eropah (EU). Perkara ini membuat ramai orang risau dan panik dan meluahkan perasaan marah dan gusar dalam twitter.

“Tidak kisah vaksin AstraZeneca tidak diiktiraf EU, jadi, aku boleh balik kampung." luahan individu ini mengenai vaksin. 

 

 

Begitu banyak luahan dilakukan oleh orang ramai dan sindir menyindir mengenai AstraZeneca ini.

Dalam maklum balas segera, Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin memaklumkan kerajaan akan mendapatkan penjelasan daripada EU berhubung dakwaan EMA hanya meluluskan vaksin AstraZeneca melalui Sijil Digital Covid-19 EU.

Malaysia berpandangan, jika sesuatu vaksin itu diiktiraf Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), maka, negara lain perlu memberi pengiktirafan kepada penerima yang menerima vaksin berkenaan.

Sebenarnya kekecohan sudah pun terjawab dan kita tidak perlu risau sangat buat masa ini. EU hanya menerima vaksin mereka yang dihasilkan sendiri dari negara Eropah.

Kita juga tidak perlu pening kepala kerana Malaysia masih lagi dalam #LockDown dan min jangka kita tidak akan dapat travel pada tahun ini, lagi-lagi negara Eropah.Malahan Thailand 'ban' Malaysia dari memasuki ke negra mereka kerana kes yang sangat tinggi di negara kita sekarang ini.

Sumber: Utusan