Biar Betul? Seorang Lelaki Dakwa Temui Lokasi Sebenar KKN Desa Penari!

TERKINI
May 18, 2022 - 01:28 PM


Filem seram baharu dari Indonesia, KKN Desa Penari yang hangat menjadi buah mulut netizen baik di Indonesia mahupun Malaysia berjaya pecah panggung di kedua-dua negara.

Filem yang terinspirasi dari kisah benar yang berlaku kepada sekumpulan pelajar pada tahun 2009 yang perlu menyiapkan tugas Kerja Kuliah Nyata (KKN) mereka di sebuah perkampungan terpencil di dalam hutan.

Oleh itu, para penonton yang telah menonton filem KKN Desa Penari ini tertanya-tanya dimana lokasi sebenar penggambaran filem tersebut, sama ada ia berada di lokasi sebenar kejadian atau sebaliknya.

Malah, banyak khabar angin dan dakwaan daripada netizen mengatakan lokasi sebenar penggambaran filem itu dijalankan di daerah Banyuwangi, iaitu sebuah perkampungan yang terletak di kawasan timur dari Pulau Jawa.

Disebabkan pengalaman mistik ini memberikan kesan kepada pelajar asal yang berhadapan dengan kisah mistik tersebut, maka mereka meminta pihak produksi filem agar tidak mendedahkan identiti mereka dan lokasi kejadian mistik tersebut.

Demi menjaga nama baik pelajar, nama asal serta lokasi yang digunakan di dalam filem KKN di Desa Penari ini bukanlah nama sebenar. Malah, nama lokasi di dalam filem ini ditutup sebagai tanda penghormatan kepada pelajar tersebut.

Banyak pengajaran yang kita boleh dapat melalui filem ini. Beringat-ingatlah jika kita melawat suatu tempat yang asing.

Sumber dan kredit: The Vocket

Destination: