'Blue Tears' Masih Belum Bersedia Untuk Menerima Pengunjung

TERKINI
March 25, 2022 - 11:11 AM


Pulau Sembilan yang terletak di Bagan Datuk terkenal dengan 'Blue Tears' atau pantai yang bercahaya biru masih belum beroperasi atau dibuka kepada orang ramai untuk aktiviti pelancongan, sejak ditutup pada tahun 2017.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Pelancongan negeri, Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi berkata, kawasan tumpuan pengunjung yang terkenal dengan pelbagai hidupan liar dan juga plankton itu masih dalam proses rehabilitasi (pemulihan).

"Tetapi kami masih membenarkan pelancong untuk melawat pulau itu di perairan sahaja, sebab kami masih menjalankan program rehabilitasi untuk pulau tersebut," katanya.

Kerajaan negeri sebelum ini mengumumkan Pulau Sembilan ditutup kepada sebarang aktiviti pelancongan berkuat kuasa pada 1 April 2017 sehingga tarikh yang akan diberitahu seperti dititahkan Sultan Perak.

Nolee Ashilin sebelum ini memaklumkan kewujudan 'blue tear' atau 'blue sand' yang secara semula jadi di kawasan itu telah pulih dan bertambah baik.

Pada tahun 2019, beberapa pasukan penyelidik bersama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) telah melakukan kajian dengan mengambil kira empat aspek, iaitu 'boatie', kuda laut, batu karang dan pelbagai lagi hidupan yang terdapat di pulau tersebut.

Destination: