Brader FoodPanda Ni Dayung Sampan Untuk Hantar Makanan Ke Bot Geng Pancing

PANAS
February 10, 2021 - 03:12 PM


Kalau hari tu korang dah baca tentang rider FoodPanda sanggup meredah apartment kotor dan jijik, kali ni min nak berkongsi satu lagi kisah rider dari syarikat ni. Kejadian ini berlaku pada 2 Febuari yang lepas di mana seorang pengguna Facebook yang bernama Pradit Sengdee berkongsi gambar rider FoodPanda yang sedang mendayung bot yang dinaikinya untuk menghantar makanan. 

Rupa-rupanya destinasi yang ditujui adalah di bot sekumpulan lelaki yang sedang memancing ikan dan kelaparan. Setelah dekat dengan bot pelanggan, rider tersebut terus memadamkan enjin dan mendayung botnya agar tidak berlanggar pada kelajuan yang tinggi. Seperti mana yang korang boleh lihat di gambar bawah, pelanggan tersebut happy menerima pesanannya.

Tapi dari mana rider tu dapat bot? Menurut The Thaiger, rider ni mengambil makanan macam biasa dengan menggunakan motorsikal beliau sebelum mengambil sebuah bot kecil di Chacheongsao's Bang di Sungai Pakong, Thailand. Tindakan rider tersebut mencuit hati netizen kerana beliau masih lagi mengenakan topi keledar, memang kelakar tengok gambar ni.

Tapi sayangnya, rider tersebut tak dapat sebarang tips / insentif tambahan untuk effortnya. Tapi tak apa lah, yang penting beliau menjalankan tanggungjawab sebagai rider FoodPanda yang sanggup menghantar makanan walaupun destinasi di tengah-tengah sungai. Jadi lepas ni korang jangan lupa bagi tips sebanyak mana yang mampu untuk rider-rider di luar sana. 

Sumber: The Thaiger

Destination: 
Artikel berkaitan