Abang Rider Disita Kena Hadir Mahkamah 18 Dis Depan, Tapi Ada Pula Individu 'Buka Rahsia' Kenapa Tak Renew Roadtax
TERKINIPenghantar makanan (rider p-hailing) yang tular di media sosial berjalan kaki sambil menggalas beg makanan selepas motosikalnya disita Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan didakwa di Mahkamah Majistret Seremban pada bulan Disember nanti.
Pengarah JPJ Negeri Sembilan, Hanif Yusabra Yusuf berkata -- lelaki berusia 26 tahun itu diperintahkan hadir ke Mahkamah Majistret Seremban pada 18 Disember depan.
Sebelum ini media melaporkan, JPJ mengesahkan sitaan terhadap motosikal milik penghantar makanan tersebut berikutan lesen kenderaan itu telah tamat tempoh sejak Februari lalu dan tiada insurans.
Tindakan menyita motosikal dilakukan JPJ atas tujuan menjaga keselamatan penunggang itu sendiri dan pengguna jalan raya lain kerana tidak dilindungi insurans.
Individu Buka Rahsia Dedah Kenapa Rider FoodPanda Tak Renew Roadtax?
Sementara itu, di Facebook terdapat seorang individu yang 'membuka rahsia' mendedahkan kemungkinan sebab mengapa rider FoodPanda berkenaan tidak memperbaharui cukai jalan dan insuran kenderaannya.
- Abam percaya budak foodpanda yang motor kena sita sebab roadtax dan insuran tamat tempoh tu bukannya sebab dia takde duit sangat nak renew benda alah tu..
- Roadtax baru RM2, insuran pulak kalau 1st party dalam RM200 lebih ke RM300 lebih je bergantung agensi insuran yang kau pilih..kalau yang 3rd party lagi murah, dapat la dalam RM100 lebih je..
- Tapi abam syak dia mesti ada banyak saman lampau polis/jpj (blacklist/ warant tangkap atau kes kena naik mahkamah) yang masih belum settle..sebab tu dia tak boleh nak renew cukai jalan dan insuran..
- Sebab tu abam rasa walaupun dia dah dapat motor baru hari ni, tapi kalau dia masih belum settle semua saman² blacklist dia tu, tahun depan motor baru tu pun dia tak boleh nak renew roadtax dan insuran jugak.
- Macam mana abam tahu? masa zaman muda abam dulu ni, bertahun² hidup tak pernah ada lesen dan roadtax apatah lagi insuran..tapi semenanjung malaysia ni puas dah abam pusing..
- Bila jumpa roadblock tak pernah la abam lari, semuanya abam hadap sambil mengamalkan 1 petua.. iaitu abam akan baca ayat kursi dan hembus kat muka polis/jpj yang tahan abam tu perlahan².. kesemua roadblock abam lepas, takde la motor sampai kena sita..paling² pun abam sign je surat saman tu sambil senyum dan akui kesalahan pada polis/jpj yang keluarkan saman tu.
- Akhirnya abam berjaya mengumpul 36 saman tertunggak diatas pelbagai kesalahan termasuklah saman blacklist, saman waran tangkap dan saman yang tak boleh dikompaun mesti kena naik mahkamah. jenuh kena mengadap jumpa hakim.
- Cumanya abam sikit beruntung bila bertukar kerajaan haritu PMX ada umumkan bayaran diskaun saman dengan harga yang paling murah.