Bukan Lagi Selangor, Sarawak Catat Kes Tertinggi Dalam Malaysia Hari Ini

TERKINI
September 06, 2021 - 04:10 PM


Berita yang melegakan buat warga Lembah Klang, nampaknya program imunisasi di Lembah Klang membuahkan hasil!

Hari ini, Kementerian Kesihatan mengumumkan catatan kes harian sejumlah 17,352 kes baharu setakat 12 tengahari tadi, menjadikan kes keseluruhan di Malaysia sebanyak 1,862,187.

Top 5 negeri yang mencatatkan kes tertinggi ialah: 

1. Sarawak +3714

2. Selangor +2126

3. Johor +2101 

4. Sabah +1844 

5. Kedah +1599

Sarawak hari ini mencatatkan kenaikan kes harian yang lebih tinggi berbanding selangor selepas baru sahaja semalam merekodkan kes tertinggi sejak pandemik melanda negeri itu sejak Mac tahun lalu, apabila sebanyak 3,747 kes baharu dilaporkan pada Ahad (5 Sept). 

Tidak kurang daripada sebulan yang lalu, pada 16 Ogos, Sarawak turut mencatatkan kes jangkitan varian Delta tertinggi dalam negara.