Caj Visa Haji, Umrah & Lawatan Ke Arab Saudi Diseragamkan RM333

VIRAL
September 13, 2019 - 05:46 PM


Kerajaan Arab Saudi merancang untuk menye­ragamkan bayaran bagi visa haji, umrah dan lawatan sebanyak 300 Saudi Riyal (RM333) tidak lama lagi.

Saudi Gazatte melaporkan, Menteri Haji dan Umrah, Dr. Muhammad Saleh Benten mera­kamkan penghargaannya kepada Raja Salman dan Putera Mahkota Muhammad bin Salman kerana mengeluarkan dekri diraja penstrukturan semula visa lawatan dan haji.

Dekri itu termasuk pembatalan caj umrah ulangan yang dikenakan setiap tahun iaitu RM2,300 (2,000 Riyal) bagi setiap jemaah seperti yang pernah dikenakan sebelum ini

Katanya, keputusan itu menunjukkan keprihatinan kerajaan bagi memudah cara kedatangan Muslim dari seluruh dunia dalam menunaikan haji dan umrah.

Keputusan itu menyokong usaha mencapai satu daripada matlamat utama Visi 2030 Arab Saudi untuk menerima 30 juta jemaah umrah pada 2030.

Susulan keputusan terbaru Kerajaan Arab Saudi itu, mereka juga menyediakan platform khas untuk mengeluarkan visa umrah secara elektronik atau ‘e-visa’ yang mampu siap dalam tempoh kurang 30 minit bagi memudahkan urusan bakal jemaah umrah.

Sumber: Utusan 

Destination: 

Nak info lebih lanjut tentang One Piece ‘The Great Era of Piracy?

• Tekan link untuk tiket Promo Early Bird One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour

• Tekan link untuk Artikel Penuh One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour

• Tekan link untuk GIVEAWAY 20 Tiket One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour PERCUMA

• Dah bergambar dengan Giant Luffy? Ini 5 Lokasi Jelajah Giant Luffy! Tekan link untuk video