Covid 19 : Solat Jumaat Di Perlis Digantikan Dengan Solat Zohor Dirumah

TERKINI
March 13, 2020 - 10:32 AM


Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail telah menitahkan solat Jumaat di negeri berkenaan hari ini (13 Mac) digantikan oleh solat Zohor di rumah.

 

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang juga merupakan Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) bertitah, keputusan Tuanku dibuat selepas mengambil kira pandangan dan nasihat daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berkenaan Covid-19 dan juga Irshad dari Majlis Fatwa Perlis.

Kredit : Bernama

Tambah Tuanku Raja Muda lagi, penggantian Solat Jumaat kepada Solat Zohor di rumah ini dilakukan berdasarkan perkembangan semasa dan sesuai dengan saranan bagi mengelakkan sebarang acara keramaian termasuk aktiviti keagamaan yang dikeluarkan oleh KMM.

Baginda turut menasihati individu Muslim sentiasa mengambil langkah-langkah pencegahan bagi mengelakkan penularan wabak berkenaan.

Sementara itu; JabatanPerdana Menteri menyarankan khutbah solat Jumaat di seluruh negara dipendekkan ketika negara berdepan dengan wabak Covid-19.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri DrZulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, khutbah itu perlu terus kepada mesej yang hendak disampaikan. Saranan itu antara lima kertas kerja yang akan dikemukakan kepada Majlis Fatwa untuk dibincang dan mendapatkan solusi berhubung situasi yang berlaku ketika ini.

Menurut Dr Zulkifli , dalam kertas kerja itu beliau menyarankan agar jemaah mengambil wuduk di rumah dan pihak masjid diminta menyediakan penutup hidung dan mulut dan cecair pembasmi kuman sebagai langkah pencegahan.

Menurut beliau, mereka yang mengalami simptom Covid-19 tidak perlu hadir solat Jumaat kerana termasuk dalam golongan orang yang sakit.

Sumber : The Star

 

Destination: