Cuti Sekolah Ni, Jom Bawa Anak-Anak Ke Pesta Kanak-Kanak Islam Malaysia!

TERKINI
November 21, 2019 - 04:50 PM


Hujung minggu ini bermulanya musim cuti persekolahan dan pastinya ramai ibu bapa yang telah merancang percutian untuk anak-anak atau mungkin ada juga yang masih pening kepala serta tiada idea membawa mereka berjalan-jalan ke mana.

Jangan risau, apa kata bawa si kecil anda untuk menyertai Pesta Kanak-Kanak Islam Malaysia di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Jalan Duta pada 29 November hingga 1 Disember ini.

Pelbagai aktiviti menarik telah disediakan khas untuk anak-anak seperti mencanting batik, aktiviti sains, mini planetarium, supa dupa, virtual reality, gerai jualan dan pameran, food truck dan banyak lagi!

Malah, anak-anak juga pastinya bakal teruja dengan kehadiran maskot kegemaran mereka iaitu OMAR & HANA pada Sabtu (30 November) serta DIDI & FRIENDS pada Ahad (1 Disember).

Golongan ibu bapa juga boleh menyertai beberapa forum dan ceramah khas yang menyentuh pelbagai topik relevan mengenai perkembangan anak-anak serta pemakanan sihat mereka.

Lebih menarik, Pesta Kanak-Kanak Islam Malaysia yang masuk kali ke-8 penganjurannya ini turut mengadakan Kem Cuti Sekolah "Leadership In Solah".

Kem ini menggabungkan Kem Solat, Kem Jati Diri serta Kem Kepimpinan bagi memantapkan lagi kefahaman mereka mengenai solat dan cara solat yang betul khusus untuk kanak-kanak berusia antara 7-12 tahun.

Jadi, jangan lupa bawa anak-anak anda ke Pesta Kanak-Kanak Islam Malaysia di Masjid Wilayah minggu depan! Mesti dorang rasa seronok!

Sumber: Malaysia Islamic Children Fair 

 

Destination: