Taman Tema Air 'Angry Birds Splash Water World' Mula Dibuka Di Semenyih, Selangor!

TERKINI
November 22, 2019 - 11:54 AM


Bagi ibu bapa yang berada di Kuala Lumpur dan sekitar Selangor serta ingin membawa anak-anak beriadah sempena musim cuti sekolah yang bakal tiba --- mungkin lokasi baharu ini adalah pilihan tepat untuk anda!

Apa kata anda bawa keluarga merasai pengalaman menyeronokkan dengan berkunjung ke Taman Tema Air Angry Birds Splash Water World di Setia Ecohill, Semenyih, Selangor.

Kredit Foto: FMT

Taman tema air seluas satu hektar itu akan dibuka secara rasminya kepada orang ramai bermula hari ini (22 November 2019) selama dua bulan (hingga 5 Januari 2020), dengan tarikh-tarikh tertentu seperti hanya di hujung minggu dan cuti umum.

Bagi memastikan permulaan operasi taman tema tersebut berjalan lancar, hanya 2,000 tiket sahaja akan dijual setiap hari kepada pengunjung untuk memberikan kualiti pengalaman yang menyeronokkan kepada mereka.

Antara tarikan utama di taman tema air itu adalah permainan gelongsor air Angry Birds dan halangan yang memaparkan karakter Red, Chuck, Bomb, Mighty Eagle, Terence serta paling menarik gelongsor setinggi 12 meter yang pasti memberikan keseronokan berganda kepada para pengunjung.

Angry Birds yang bermula dengan permainan video yang dibangunkan oleh Rovio Entertainment Corp dan kemudiannya berkembang ke pelbagai skop hiburan serta barangan pengguna.



Harga tiket untuk dewasa RM53, kanak-kanak dan warga emas masing-masing RM40.28, manakala untuk tiket Family Combo (2 dewasa & 2 kanak-kanak) pula adalah RM167.48.

Untuk maklumat lanjut mengenai butiran tiket dan pembelian, anda boleh lawati laman web Ticket2U.

ALAMAT: World’s First Angry Birds Inflatable Water World, Setia Ecohill Welcome Centre @ Club 360
Kelab 360, No.1, Persiaran Ecohill Barat, Setia Ecohill, 43500 Semenyih, Selangor

WAKTU OPERASI: 9 Pagi - 6 Petang (Tutup pada Isnin, Selasa, Rabu, Khamis; kecuali Hujung Minggu & Cuti Umum)

Destination: