Malaysia Bakal Miliki 'Onsen Ala Jepun' Yang Terbesar Di Hulu Langat, Selangor!

TERKINI
January 06, 2020 - 03:43 PM


Bagi siapa yang pernah melancong ke Jepun, mesti korang familiar atau pernah berkunjung ke "Onsen" yang memang banyak sangat kat sana, kan.

Onsen adalah perkataan Bahasa Jepun yang membawa maksud tempat permandian kolam air panas semulajadi sama ada di dalam atau di luar tempat tinggal, hingga mandi air panas telah menjadi suatu budaya yang normal di Negara Matahari Terbit itu.

Tapi, korang tahu tak yang negara kita juga bakal mempunyai sebuah Onsen ala-ala Jepun yang terletak di Selangor?

Perkara itu akan menjadi kenyataan selepas Tourism Selangor sendiri mengesahkan penemuan telaga air panas artesian terbesar di Malaysia yang terletak di Kampung Jawa, Hulu Langat.

SUMBER: SELANGORKINI

Telaga tersebut ditemukan di tapak tanah wakaf masjid Kampung Jawa ketika kerja-kerja pengorekan dilakukan untuk membina masjid di kawasan berkenaan.

Telaga air panas itu dikatakan mengeluarkan air dari bawah tanah tanpa perlu dipam dan berkeluasan 160 kaki dalam dengan suhu antara 47 hingga 49 darjah celcius.

SUMBER: SELANGORKINI

Buat masa ini, pihak Tourism Selangor sedang bekerjasama dengan Jabatan Mineral dan Geosains Selangor (JMGS) untuk menjadikan kawasan berkenaan sebagai produk pelancongan terbaharu di negeri ini.

Malah, jika mendapat maklum balas positif daripada pihak Kerajaan Negeri, tapak tersebut juga akan dibangunkan seperti Onsen di Jepun yang berjaya menjadi tarikan pelancong dari seluruh dunia.

SUMBER: SELANGORKINI

Destination: