Datuk Nicol David Dinobat Sebagai Atlet Terunggul Sepanjang Zaman

TERKINI
February 03, 2021 - 06:13 AM


Bekas ratu skuasy negara Datuk Nicol David kini telah dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Atlet Terunggul Sepanjang Zaman Sukan Dunia pada jam 9 malam semalam. Pencapaian ini sangat membanggakan kerana Datuk NIcol merupakan satu-satunya calon dari Asia untuk menerima anugerah tersebut. Anugerah tersebut dibuat berdasarkan undian dan Datuk Nicol menerima 318,943 undian.

Menurut portal The World Games, Datuk Nicol menewaskan 23 atlet lain yang mewakili sukan masing-masing dalm sejarah Sukan Dunia selama 40 tahun! Menurut Datuk Nicol, beliau sangat berterima kasih dan merasakan ianya merupakan satu penghormatan besar. Malah beliau sendiri agak terkejut melihat namanya dicalonkan bersama atlet terkemuka dunia yang lain.

Antara pencabar lain dalam kategori ini adalah James Kehoe, lagenda tarik tali Ireland. Selain itu atlet dari Ukraine dalam kategori powerlifting, Larysa Soloviova juga turut tersenarai dalam tempat yang ke-3 dengan 80,790 undian. Presiden Persatuan Sukan Dunia Antarabangsa (IWGA), Jose Perurena mengucapkan tahniah dan mengangkat Datuk Nicol sbagai inspirasi dan teladan untuk atlet muda.

Sementara itu, Zena Wooldridge, Presiden Persatuan Skuasy Dunia (WSF) berkata kejayaan Nicol merupakan satu pengiktirafan terhadap semua pencapaian beliau dalam sukan tersebut. Anugerah ini dianjurkan oleh IWGA bersempena sambutan ulang tahun ke-40 acara Sukan Dunia. Tahniah kepada Datuk Nicol David!

Sumber: Astro Awani

Destination: