Devil’s Tear Cove Meragut Nyawa Pelancong Sekali Lagi

TERKINI
January 23, 2020 - 12:05 PM


Seorang pelancong China maut selepas jatuh dan dipukul ombak besar di sebuah kawasan paling popular di Bali iaitu Devil’s Tear Cove yang terletak di Nusa Lembongan.

Kejadian ini berlaku beberapa bulan selepas kawasan berkenaan dipasang pagar keselamatan selepas beberapa insiden yang sama sering berlaku di kawasan berbahaya ini. Mangsa merupakan seorang wanita berasal dari China bersama suami dan rakan – rakannya cuba mengambil gambar di kawasan berkenaan sebelum dipukul ombak besar dan terjatuh ke laut.

Bulan Oktober lalu, pihak berkuasa telah meletakkan pagar disekitar tebing Devil’s Tear ini yang telah banyak kali mengakibatkan kemalangan atau kematian. Kebiasaannya, pelancong yang jatuh hilang selepas dipukul ombak dan akan ditemui mati beberapa hari kemudian.

Pagar keselamatan yang dipasang adalah langkah yang diambil pihak berkuasa untuk meningkatkan tahap keselamatan di tempat tumpuan pelancong ini dan dalam masa yang sama, pelancong diminta berjaga-jaga dengan keadaan laut dan ombak yang tidak menentu.

Destination: