Disneyland Hong Kong Ditutup Sehingga Keadaan Kembali Selamat

TERKINI
January 28, 2020 - 02:56 PM


Sebagai langkah berjaga-jaga dengan status penularan novel coronavirus, pihak Hong Kong Disneyland telah mengeluarkan kenyataan tentang penutupan sementara waktu taman tema mereka.

Penutupan bermula 26 Januari sehingga satu tarikh yang akan diberitahu kemudian ini diambil sebagai langkah keselamatan dan kesihatan pengunjung serta petugas di taman tema berkenaan. Walaubagaimanapun, hotel Hong Kong Disneyland Resort akan beroperasi seperti biasa.

Bagi mereka yang telah membeli tiket, tiket berkenaan boleh digunakan dalam tempoh 6 bulan namun sekiranya refund mahu dilakukan sama ada tiket taman tema atau tempahan hotel, boleh menghantarkan email kepada [email protected]

Pembeli perlu sertakan nama, serta nombor pengesahan tiket yang dibeli di dalam email sekiranya pembelian melalui laman web rasmi, kaunter tiket dan lain – lain. Sekiranya pembelian dibeli di laman web pihak ketiga, rangkaian rasmi lain, pemulangan boleh dilakukan.

Sumber

Destination: